BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 23 Februari 2020

Memperingati Bukit Kepong




Pada jam 4.15 pagi 23 Februari 1950, Balai Polis Bukit Kepong di Muar diserang hendap oleh kira-kira 180 anggota Parti Komunis Malaya (PKM). Hanya 22 orang anggota yang bertugas pada awal pagi itu. Mereka diserang dari segenap penjuru, bermati-matian mereka bertempur dan bertahan walaupun diminta oleh pihak komunis supaya menyerah. Malah, dua wanita turut bersama mengangkat senjata selepas melihat suami masing-masing terkorban.

Satu demi satu gugur, akhirnya selepas lima jam, Balai Polis Bukit Kepong ditawan PKM. Balai tersebut kemudian dibakar, dan anggota yang tercedera dan masih belum mati dicampakkan ke dalam api yang menjilat balai dan berek kelamin di belakangnya. Dua wanita bersama anak mereka tidak sempat keluar dari berek lalu rentung terbakar di dalamnya.

Hanya 4 orang anggota polis bersama 9 orang ahli keluarga yang terselamat.

14 anggota polis, 5 anggota polis bantuan, 2 orang awam, isteri kepada Abu Bakar Daud (anggota terselamat), isteri Abu Mohd Ali bersama dua orang anak mereka terkorban, menjadikan jumlah keseluruhan nyawa yang gugur dalam tragedi itu 25 orang.

Al-Fatihah. *Gambar dari Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar, Johor.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu