BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 6 Mac 2020

10 perkara mengenai punk rocker, Ian Mackaye



IAN MACKAYE adalah seorang punk rocker yang dikenali sebagai pencetus gerakan straight edge, di mana punk bebas daripada dadah, alkohol, rokok dan seks bebas, selain benda yang tidak penting dalam kehidupan (kemahuan) seperti ketagihan kepada substance yang tidak perlu.

Pengasas Dischord Records ini tidak menganggap 'straight edge' satu pergerakan apabila ideanya itu dinyanyikan dalam lagu-lagu semasa bermain untuk kumpulan Minor Threat.

Kini Mackaye masih lagi aktif dalam muzik bersama bandnya, Fugazi dan perniagaan labelnya Dischord.

Ini merupakan 10 perkara yang anda mungkin tidak tahun mengenai Mackaye.

1. Ian merupakan rakan Henry Rollins sejak kecil lagi.

2. Lelaki pada cover album Minor Threat pada 1981 dan ‘Complete Discography’ itu adalah abangnya, Alec.


foto: dischoard.com

3. Mackaye tidak pernah terfikir untuk menjadikan ‘straight edge’ satu pergerakan, ia hanya satu ideologi peribadinya untuk menjauhkan diri daripada alkohol dan dadah.

4. Sepanjang kerjayanya, dia enggan ditemubual oleh majalah Rolling Stones dan majalah muzik terbitan syarikat gergasi, kecuali syarikat itu bersetuju untuk tidak mengiklankan barangan tembakau atau alkohol.

5. Mackaye menolak tawaran untuk menjadi salah satu band utama di Festival Lollapalooza kerana percaya penganjur mengenakan bayaran tiket yang terlalu mahal.

6. Mackaye juga pernah menjadi penerbit kepada 7 Seconds, Dag Nasty, Rollins Band dan Bikini Kill.

7. Mackaye mengundi calon presiden Amerika Syarikat yang kemungkinan besar tidak akan terlibat dengan perang.

8. Mackaye menyumbang kepada beberapa judul buku termasuk ‘The Idealist’ dan ‘Silent Pictures’ dan pernah ditemubual dalam ‘American Heretics: Rebel Voices In Music’.

9. Mackaye tidak setuju dengan keganasan di setiap persembahannya dan kerap kali berhenti bermain jika penonton bertindak luar kawalan.

10. Mackaye membesar mendengar muzik seperti Ted Nugent dan Queen tetapi jatuh cinta dengan punk rock pada 1979 apabila menyaksikan The Cramps membuat persembahan di Universiti Georgetown.


Minor Threat foto: dischord.com


source: Dying Scene
photo cover: mixdownmag.com.au



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu