BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 30 Mac 2020

Betul ke sarung tangan dan topeng muka boleh lindungi anda daripada Covid-19?



UPDATE 5 APRIL: WHO ada pendirian terbaru untuk pemakaian topeng. Pakai topeng muka tak lindungi anda daripada Covid-19 tetapi pemakaian topeng muka dapat mengurangkan risiko menjangkiti orang lain.

Tetapi, topeng muka gred perubatan seharusnya diperuntukkan kepada pekerja di barisan hadapan.

Baca di Astro AWANI.

Ini penulisan kami pada 30 Mac:

Pakar kata tidak dan memberi amaran bahawa memakai topeng muka atau sarung tangan bukan penyelesaian.

Pusat Kawalan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat juga tidak menggalakkan pemakaian topeng di luar pusat rawatan seperti hospital ataupun health care settings.

Malah menurut Senior Scholar di John Hopskins Center for Health Security Dr Amesh Adalja, pemakaian topeng muka dan sarung tangan memberi harapan palsu kepada pemakai bahawa mereka dilindungi daripada jangkitan virus dan satu yang membuang masa.

Tambah Dr Adalja, sarung tangan getah tidak tahan lama serta tidak sesuai untuk digunakan sebagai kegunaan seharian. 

Coronavirus tersebar melalui titisan, tidak mungkin sarung tangan akan memberi kelebihan dalam melindungi pemakai.

Jururawat di sebuah hospital di Universiti, Aline Holmes pula menekankan bahawa penyelidik percaya virus boleh hidup atas permukaan dan jika anda bersin atau batuk pada sarung tangan, ia akan mencipta sebuah permukaan baru untuk virus itu hidup.

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan UK (NHS) pula menyatakan topeng muka dan sarung tangan memainkan peranan yang sangat penting dalam keadaan klinikal tetapi tiada bukti kukuh bahawa ia berguna untuk orang awam.

Kalau itu tidak mencukupi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga tidak mengesyorkan orang memakai sarung tangan atau topeng muka sebagai perlindungan.

WHO menyatakan virus ini tidak tersebar melalui udara dan penggunaan sarung tangan getah serta topeng muka menyebabkan kekurangan bekalan untuk hero dan heroin kita di hospital dan pusat perubatan yang sedang bergelut merawat pesakit Covid-19 dan pesakit-pesakit lain.

Topeng muka (hidung dan mulut) hanya untuk orang yang bergejala seperti batuk atau selsema dan pekerja di barisan hadapan.

Jadi apa yang anda boleh buat untuk melindungi diri daripada dijangkiti coronavirus?

Apa yang yang perlu buat ialah sentiasa menjaga kebersihan dengan sentiasa membasuh tangan dan jangan suka-suka sentuh muka.

Jadi kalau tersentuh muka pakai sarung tangan getah, tak beri faedah kepada keselamatan anda.

Lagi satu yang penting, social distancing ataupun penjarakan sosial, terutama sekali daripada mereka yang kelihatan sakit dan menghindari daripada menyentuh permukaan di tempat awam selagi boleh.

Kalau nak sentuh juga, pakai tisu ke apa yang lain buang lepas ni, buang betul-betul juga OK. Basuh tangan jangan lupa.

Ini semua sumber luar negara tapi KKM pun pernah cakap benda yang sama. Tak percaya boleh rujuk sumber berita yang paling dipercayai di Malaysia, Astro AWANI di sini.

ps: Condom boleh menyelamatkan anda daripada virus HIV.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu