BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 8 Mac 2020

Kehebatan Empayar Uthmaniyah




Pada 29 Mei 1453, kota Constantinople yang menjadi pusat pemerintahan Empayar Byzantine (kesinambungan Empayar Rom) jatuh ke tangan tentera Uthmaniyah yang dipimpin Sultan Mehmed II, ketika baginda berusia 21 tahun.

Penaklukan itu menandakan kejatuhan Empayar Rom, sebuah kerajaan yang diasaskan pada tahun 27 BC, selepas bertahan hampir 1,500 tahun. Mehmed dan tenteranya mengambil masa 53 hari untuk menawan kota tersebut.

Penaklukan kota yang kini dikenali dengan nama Istanbul itu membolehkan Empayar Uthmaniyah seterusnya memperluaskan kekuasaannya lebih jauh ke tanah besar Eropah.

Atas kejayaan besar itu, Mehmed digelar sebagai al-Fatih, yang bermaksud Sang Penakluk. *Lukisan menggambarkan Sultan Mehmed II masuk ke Constantinople oleh Fausto Zonaro (1854–1929).


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu