Saya rasa ramai yang tak tahu apa dia tu the Ramones walaupun memakai tshirt band itu yang dibeli di Cotton ON ataupun H&M.
Bukan semua yang tak tahu tapi saya yakin ramai yang tak tahu kerana saya sendiri pernah tanya dekat salah seorang stylist yang tak tahu apa itu Ramones walaupun memakai baju band tu.
Bukan saja dia tak tahu Ramones itu band punk malah tak tahu pun Ramones tu adalah sebuah band.
Bagaimanapun logo band yang ikonik itu memang cun dan siapa yang pakai tshirt band Ramones memang nampak cool.
Arturo Vega merupakan individu yang bertanggungjawab mereka logo the Ramones itu, yang diinspirasi daripada lambang pengesahan Presiden Amerika Syarikat.
The Ramones foto: New York Times (Roberta Bayley) |
Fesyen logo Ramones ini dipopularkan sejak band itu berpisah pada 1996 dan mula dijual di kedai-kedai pakaian umum, bukan sahaja di kedai yang menjual tshirt rock.
Kini tshirt logo the Ramones ini sudah menakluki dunia apabila dicap bukan sahaja pada baju orang dewasa, malah kanak-kanak.
Ramones untuk kanak-kanak dan juga dewasa. |
Ia adalah salah satu ikonografi rock dan seal yang menandakan sebuah era gemilang buat band itu.
Kesemua ahli kumpulan asal the Ramones sudahpun meninggal dunia, Joey Ramone (1951-2001), Dee Dee Ramone (1951-2002), Johnny Ramone (1948-2004) dan Tommy Ramone (1949-2014).
Vega meninggal dunia pada 2016 dan ternyata rekaannya itu memastikan Ramones diabadikan, walaupun ada yang tidak tahu apa itu the Ramones.
Hey ho, Let’s go!
Logo band kini menjadi fesyen untuk semua, bukan fan mereka sahaja.
Selain Ramones, logo ikonik band-band dan kumpulan hip-hop lain turut menjadi fesyen yang digemari orang ramai.
Setakat ini logo Misfit, the Doors, Public Enemy, Black Flag, Run DMC, Wu-Tang Clan antara kumpulan muzik yang menjadi fesyen orang ramai, tanpa mengetahui asal-usul mereka.
Ada baik dan buruk logo-logo ini disarung tanpa pemakai mengetahui apa yang mereka pakai tetapi ini menunjukkan kepentingan reka bentuk logo band, dan mungkin juga organisasi.
PS: Siapa yang dapat royalti untuk setiap baju logo Ramones yang dijual ya? Kalau tahu kongsi dengan kami di Twitter/rancakTV atau Instagram/rancaktv
Top photo: superbalist.com
Source: Guardian, Rolling Stones