BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 25 Mei 2020

Malam Raya Paling Sepi




Seumur hidup saya yang lahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur, tidak pernah terfikir yang Jalan Tunku Abdul Rahman atau dipanggil TAR, boleh sunyi pada malam raya.

Selalunya, malam terakhir Ramadan menjadi kemuncak pesta jualan kelengkapan perayaan Aidilfitri di Bazar Jalan TAR yang akan berlarutan hingga lewat.

Gegak gempita pembesar suara dan 'loudhailer' para penjual menjaja barangan masing-masing untuk dilepaskan di jam-jam terakhir itu pada harga terendah mungkin.

Satu Malaya tahu tentang kegamatan malam raya di Jalan TAR, waima mereka yang menetap di luar Kuala Lumpur sekalipun. Antara acara termasyhur setiap tahun.

Bagaimanapun pada awal pagi 24 Mei 2020, hari yang sepatutnya berlangsung pesta itu tahun ini, Jalan TAR jadi sepi, sesepi-sepinya.

Di tempat sama, waktu sama, tapi suasananya 180 darjah berbeza.  Tidak ada seorang manusia pun yang berniaga, tidak ada satu kedai pun dibuka.

Senyap sesenyap-senyapnya (sesekali meraung-raung bunyi ekzos segerombolan mat motor memecut).

Detik bersejarah malam raya paling sepi di lokasi legenda Jalan TAR, Jalan Masjid India dan sekitarnya itu saya rakamkan dengan kamera Fujifilm X100T.

Bukti untuk diceritakan kepada anak cucu nanti, bahawa Kuala Lumpur pernah tidur.

















Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu