BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 28 Mei 2020

Trump menipu sebanyak 3,300 kali di Twitter, sekali nak haramkanya pula




3,300 kali Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didakwa menipu menerusi pos yang dibuatnya di Twitter, itu menurut Washington Post.

Hanya sekali kena periksa fakta ataupun fact-check oleh Twitter, Trump terus mengancam untuk menutup semua platform media sosial.

Tweet yang diposkan Trump itu tidak dipadam oleh Twitter, hanya sekadar melampirkan pautan untuk mendapatkan fakta sebenar mengenai undi pos - isu yang dibangkitkan Trump bahawa ia boleh menyebabkan penipuan semasa pilihan raya.

Trump meneruskan bebelannya mengenai media sosial yang kononnya cuba menutup mulut para konservatif walaupun media sayap kanan Daily Wire dan Fox News menduduki carta 11 tertinggi dalam menerbitkan kandungan di Facebook bulan lepas.

Apa yang mereka lakukan adalah satu yang membahayakan warga Amerika kerana kebanyakan yang dikongsi para konservatif ini adalah maklumat tidak benar mengenai coronavirus.

Dan Trump akan terus membebel dan membebel di Twitter disebalik merasakan media sosial tidak memihak kepada mereka.


Penat Facebook, Google, LinkedIn, Microsoft, Reddit, Twitter dan Youtube bergabung untuk melawan maklumat tidak benar mengenai coronavirus, tapi pihak konservatif cuba untuk menyampaikan informasi yang hanya menyenangkan pihak mereka sahaja.

Tak perlulah nak cuba haramkan media sosial, ia menyatukan semua orang di dalam dunia, Trump dan konco-konconya hanya yang bermasalah.

Foto: AP via Astro Awani

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu