BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 30 Jun 2020

Bagaimana Ultraman turun ke Bumi



Ultraman adalah sejenis adiwira fiksyen yang merupakan pahlawan yang berasal dari sistem gugusan bintang Nebula M78. 

Ketika sedang mengejar raksasa angkasa bernama Bemular, dia secara tidak sengaja  sampai ke Bumi dan bertembung dengan Shin Hayata, pegawai SSSP (sebuah pasukan khas hal ehwal angkasa di Bumi) yang sedang bertugas membuat rondaan. Pertembungan itu menyebab Hayata mati di tempat kejadian.

Ultraman rasa bersalah jadi punca, maka dia bersatu badan (bukan bersetubuh ya) untuk memberi nyawa kepada Hayata dan bersamanya disertakan Beta Capsule. Beta Capsule ini tempat di mana semangat Ultraman berada, macam jin dalam lampu ajaib lah.

Sejak itu, setiap kali ada raksasa dari angkasa datang membuat onar di Bumi, maka Ultraman akan diseru keluar daripada Beta Capsule oleh Hayata untuk membantu kerja rakan-rakan seperjuangannya di SSSP memusnahkan kuasa jahat yang mengancam keamanan Bumi.

Ultraman adalah yang pertama daripada kaumnya yang menjejakkan kaki ke Bumi, sebelum beberapa yang lain menyusul. Mereka ini membentuk sebuah kumpulan pembanteras kuasa jahat alam semesta yang digelar 'Ultra Brothers'.

Antara ahli terawalnya adalah Zoffy, Seven, Ace, Jack dan Ultraman sendiri. Kemudian mereka disertai Taro, diikuti Leo, Astra, 80 dan tambahan daripada generasi baharu, Mebius dan Hikari.

Anggota Ultra Brothers yang terawal. 

Setiap kali tengok Ultraman, kita sudah tahu jalan ceritanya. Lawan-lawan, letih, lampu di dada menyala, baru tembak. Kenapa lampu itu menyala selepas beberapa ketika bertarung?

Lampu di dada Ultraman itu namanya Color Timer, indikator nyawanya yang dijana dengan tenaga solar. Bagaimanapun, lapisan atmosfera Bumi telah menapis cahaya solar untuk terus menjana tenaga Ultraman ketika bertarung.

Maka Ultraman mempunyai masa yang terhad, iaitu tiga minit dan kadang-kadang lebih,  untuk memusnahkan raksasa yang dihadapinya. 

Watak pahlawan angkasa bermata lonjong bercahaya, berbadan kelabu dan merah ini dicipta oleh Eiji Tsuburaya dan memulakan siri televisyennya pada tahun 1966. Sehingga kini masih ada siri TVnya yang masih memukau para penonton dari anak kecil sampailah ke bapak budak.

Walaupun jalan cerita asasnya kita sudah tahu dan masih terus menggamit penonton selepas lebih 40 tahun bersiaran di udara, sampai hari ini masih tak terjawab dengan jelas persoalan kita yang pernah menonton Ultraman - kenapa tak tembak awal-awal?

Boleh je nak terus tembak, tapi kalau kejap sangat setel tak syok la brader.  


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu