BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 12 Jun 2020

Berapa harga pasaran Playstation 5?


Foto Sony

Playstation 5 dijangka mula dijual November 2020, namun harga pasarannya masih samar dengan sebuah laporan menyebut akan dijual pada harga AS$499 (RM2,126), bergantung kepada model yang dibeli.

Pelancaran secara digital PS5 pagi tadi tidak mengumumkan harga ataupun tarikh sebenar ia akan mula dijual namun menunjukkan grafik dan game-game yang boleh dimain untuk konsol terbaharu Sony itu.

Berikut pengumuman penting semasa pelancaran PS5:

  • Gran Turismo 7 akan dilancar untuk PS5
  • Spider-Man: Miles Morales akan dikeluarkan Insomniac
  • Controller generasi baharu, PS5 Dualsense nampak menarik dan mempunyai ciri-ciri yang canggih
  • Sackboy: A Big Adventure akan kembali!
  • Oddworld: Soulstorm, Hitman juga akan kembali untuk PS5
  • Akan ada remake untuk Demon’s Soul bagi PS5.
  • Village Resident Evil amat menakutkan dan akan dikeluarkan pada 2021 untuk PS5.
  • Eksklusif untuk PS5 - Forbidden West
  • Ada dua edisi, PS5 dan PS5 Digital Edition.


Foto Sony

Ciri-ciri penting yang lain, PS5 sangat pantas, pemproses grafik, komputer yang custom selain menggunakan hard disk SSD ultra speed dan audio dalam bentuk 3D.

Gaming dengan resolusi 8K, itu output maksimum untuk PS5.

Selain itu, lebih daripada 4,000 game untuk Playstation 4 boleh dimainkan pada konsol PS5.

Teruja untuk beli PS5? Berikut trailer-trailer bagi game yang akan dikeluarkan untuk PS5.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu