Foto: thelogicalindian.com |
Kematian gajah itu merupakan salah satu kematian paling kejam, hanya kerana niatnya untuk mencari makan demi anak dalam kandungannya yang dijangka dilahirkan 18 hingga 20 bulan akan datang.
Menurut pegawai hutan, Mohan Krishnan, gajah betina jinak itu tidak menyakiti sesiapa pun apabila dia berlari di kawasan kampung berdekatan ketika dalam kesakitan selepas buah itu meletup di dalam mulutnya yang menyebabkan lidahnya berlumuran darah.
"Gajah itu memberi kepercayaan kepada manusia, namun apabila nenas yang dimakannya itu meletup, dia tidak fikir tentang diri sendiri, sebaliknya fikir tentang anak kandungnya, lalu memasuki dan berendam dalam Sungai Velliyar," kata Krishnan dalam satu entri Facebook rasminya.
Krishnan yang juga terlibat dalam misi menyelamat gajah liar itu percaya bahawa perlakuannya itu bagi mengurangkan kesakitan kesan letupan di dalam mulutnya.
Selepas beberapa jam percubaan menyelamat, gajah yang berdiri dalam air tanpa ingin dibantu itu akhirnya tewas dalam sungai.
Bagaimanapun, siasatan sedang dilakukan bagi mengenal pasti sebab sebenar gajah itu boleh termakan nenas, sama ada diberi makan secara sengaja atau termakan nenas yang pasti digunakan sebagai umpan.
Menurut Al-Jazeera, seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam perbuatan kejam itu sudahpun ditahan dan beberapa orang lagi sudahpun disoal siasat.
Selain pihak berkuasa hutan India, polis turut melakukan siasatan bagi menghukum pesalah.
Apa-apa pun, kematian gajah betina itu akan memberi semangat kepada aktivis dan pencinta haiwan untuk terus lantang bersuara dan tidak putus asa memperjuangkan isu kekejaman terhadap hidupan liar.
(Story source: https://thelogicalindian.com/news/elephant-kerala-pineapple-firecrackers-animal-cruelty-21453)