BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 23 Jun 2020

Ini Bukti Kylie Jenner Bukan Billionaire

Foto: Forbes
Ingat lagi tak ketika satu dunia terpegun selepas Kylie Jenner mendapat gelaran billionaire atau jutawan termuda dunia?

Gelaran itu disertakan dengan Kylie menghiasi muka hadapan majalah Forbes isu Ogos 2019, tetapi...

Apa yang kita tidak tahu sebenarnya ialah gelaran itu "dipalsukan" oleh keluarga Kardashian-Jenner dan Kylie sebenarnya bukanlah seorang jutawan seperti yang dilaporkan Forbes.

Apa bukti Kylie bukan jutawan?


Pegangan saham dijual, kebenaran terbocor

Tahun lalu, Jenner mengumumkan penjualan 51% pegangan saham syarikat miliknya, Kylie Cosmetics kepada syarikat kecantikan gergasi, Coty bernilai AS1.2 bilion (RM5.1 bilion).

Namun, apabila laporan perniagaan dikeluarkan, nilai Kylie Cosmetics sebenarnya jauh lebih kecil berbanding apa yang didakwa keluarga Kardashian-Jenner.

Menurut Forbes, akauntan keluarga berkenaan mempamerkan bukti penyata cukai yang menunjukkan syarikat Jenner mendapat sebanyak AS$300 juta pada 2016 manakala AS$330 juta pada 2017.


Kylie Jenner Foto: IG @kyliejenner

Walaubagaimanapun, data Coty yang didedahkan kepada pelabur menunjuk bahawa Kylie Cosmetics di mana Kylie memiliki 49% pegangan (dan Kris Jenner sebagai pengurus syarikat) hanya menghasilkan AS$125 juta pada tahun 2018.

Bagi Forbes, perkara itu menimbulkan tanda soal kerana jurang perbezaan hasil jualan pada dua tahun pertama dan tahun ketiga terlalu jauh.


Reaksi Forbes

Menurut Forbes, jika perkara itu benar, nilai saham syarikat Jenner jatuh lebih daripada separuh nilai asal pada tahun sepelumnya dan Coty telah membayar harga yang terlalu tinggi.

Walaupun data e-dagangan oleh Rakuten menunjukkan penurunan penjualan dalam talian sebanyak 62% dari tahun 2016 hingga 2018, ia tidak mudah bagi Forbes dan pakar industri untuk mempercayai syarikat kecantikan dimiliki Kylie boleh jatuh dengan begitu ketara.

Pendirian Forbes kekal dengan pendirian bahawa Kylie Cosmetics tidak sebesar seperti apa yang dikatakan oleh keluarga Jenner dan mereka telah menipu serta memalsukan keagungan Kylie Cosmetics sejak tahun 2016.

Kiraan semula nilai bersih Kylie Jenner oleh Forbes mendedahkan dia bernilai AS900 juta, namun penulis majalah itu juga meletakkan Jenner dalam kalangan jutawan yang terlalu mengagungkan kekayaan, seperti Presiden AS, Donald Trump.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu