BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 7 Jun 2020

Kenapa sundae nama dia sundae?


Sundae adalah sejenis pencuci mulut dalam bentuk aiskrim yang diletak pelbagai toping seperti krim putar, sirap, marshmallow, kekacang, ceri dan macam-macam lagi ikut suka hang lah.

Walaupun hidangannya begitu ringkas, asal usul bagaimana dan di mana terciptanya sundae ini masih menjadi perdebatan dan ada banyak teori mengenainya (Duh, Americans).

Sekurang-kurangnya ada lima wilayah yang mengatakan sundae berasal dari tempat mereka antaranya Plainfields, Illinois; New Orleans, Louisiana; Cleveland, Ohio; Two Rivers, Wisconsin dan New York.

'Perebutan' paling sengit adalah antara Two Rivers, Wisconsin dengan Ithaca, New York di mana masing-masing ada versi cerita yang dilihat munasabah maka sukar untuk menentukan mana satu yang versi paling benar.

Antara versi cerita paling sempoi adalah di Plainfields, Illinois yang mengatakan bahawa sundae dicipta oleh seorang ahli farmasi tempatan bernama Charles Sontagg.

Sontagg ada sebuah farmasi yang dibuka pada awal 1890-an dan di situ juga dia menjual minuman ringan dengan 'Sontagg's Famous Soda' dipercayai mesin pembancuh soda (soda fountain) yang pertama di Plainville.

Penduduk tempatan percaya, sundae tercipta selepas Sontagg menerima desakan pelanggan supaya 'menghidangkan sesuatu yang berbeza'.

Maka dinamakan hidangan aiskrim bersama toping itu sempena namanya, Sontagg yang dalam bahasa Jerman bermaksud Sunday (hari Ahad). Diubah sedikit ejaannya maka jadilah 'sundae'.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu