BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 15 Jun 2020

Kenapa sakitnya lain macam pabila 'telur' disepak?



Buat para lelaki, membayangkannya sahaja sudah cukup mengembalikan memori rasanya. Sakitnya apabila 'telur' disepak bukan kepalang, sakit yang paling unggul di dunia.

Perempuan boleh berkata, "eleh, beranak lagi sakit!". Ada pula tersebar 'fun fact' yang mengatakan sakit 'telur' disepak lebih perit daripada melahirkan anak. Sebenarnya masih belum ada lagi kajian yang dapat membuktikan mana satu paling sakit.

Ini kerana tahap impak yang diberikan adalah pelbagai dan tiada konsistensi. Dan juga lelaki mana lah yang sanggup jadi 'tikus makmal' untuk membiarkan 'kelelakianya' dihentam demi sains? Kalau ada, power.

Kalau perempuan tahu dan sedia untuk bersalin malah ada epidural, ubat untuk mengurangkan rasa sakit. Lelaki mana lah nak tahu bila ketikanya 'telur'nya akan dihentam, tak boleh nak jangka.

Apa pun berdebatannya, yang penting dua-dua sakit tahap tertinggi. Wanita diketahui sakitnya apabila segala jenis otot tubuh mengejang dan organ peranakannya diregang. Tetapi apa yang membuatkan 'telur' sakit apabila disepak?

'Telur' atau bahasa sainsnya 'testis' merupakan organ penting peranakan lelaki, fungsinya sama dengan ovari - menghasilkan sel reproduksi. Cumanya ovari terlindung di dalam pinggul, testis pula tergantung di luar tubuh. Maka ia lebih terdedah kepada risiko kecederaan.

Kerana itu, ia diselubungi oleh neuron kesakitan bernama nociceptor yang menghantar mesej ke otak bahawa kalau dihentam rasanya sakit, maka elakkan daripada dihentam.

Memandangkan sensitiviti tinggi nociceptor, besarlah mesejnya yang mahu dihantar ke otak apabila ia terkena impak. Dan dari bawah itu, mestilah melalui saraf yang melintasi perut, paru-paru, kerongkong untuk sampai ke otak.

Kerana itu lelaki akan merasakan perutnya kejang, nafasnya sesak, tekaknya mual dan kepalanya pening apabila mesej besar dari testis sampai ke otak, 'aku telah dihentam'.

Tapi kan, kalau dah tahu ia penting dan sensitif, kenapa tuhan ciptakannya untuk berada di luar tubuh? Food for thought!


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu