BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 5 Jun 2020

Ini lagu raya Drug Free Malaysia


Raya adalah sebulan jadi belum terlambat untuk kami kongsikan lagu raya yang ditulis oleh Awad untuk band DFM Band.

Band ini memaparkan anak kepada penyanyi popular era-80-an dan 90-an Jay Jay, Cammy dari Black and Blues.

DFM Band adalah kumpulan muzik badan bukan kerajaan (NGO), Drug Free Malaysia.

Video klip ini turut menampilkan rakan-rakan dan penyokong DFM termasuk NGO, Selangor Youth Community.

Saksikan klip video yang dihasilkan dalam tempoh PKP, termasuk Awad yang terkandas di Padang, Indonesia di rumah mertuanya.

Awad pulang ke kampungnya itu beberapa hari sebelum PKP diumum PM kita.

DFM adalah gabungan otai punk, hardcore di Malaysia termasuk Khai Aziz, aktivis anti-dadah dari kumpulan hard core, Second Combat dan Ian Johan Ariff (Rancak TV) yang bermain untuk band skatepunk, Skatanixs.

Sementara dua lagi ahli adalah Awad yang pernah bermain untuk kumpulan hard core Blindrage pada lewat 90-an dan kini mengendali channel Youtube Awad Studio.

Hadi pula pernah bermain untuk OAG dan Komplot.

Mereka sepatutnya ke New York bagi menerima anugerah Drug Free Heroes oleh Drug Free World, badan antarabangsa aktivis anti-dadah.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu