Mo Salah di sebuah stesen minyak di Sainsbury. Foto: Twitter @RockyKlopp |
Trending sejak semalam cerita mengenai penyerang Liverpool, Mohamed Salah yang payung semua orang isi minyak di sebuah stesen di Sainsbury.
Berdasarkan laporan orang ramai, Salah tiba di stesen minyak, masih berpakaian kit latihan Liverpool dan belanja semua orang yang sedang mengisi minyak di situ.
Mo Salah just casually paying for everyone’s petrol at Sainsbury’s, Old Swan, in a full @LFC training kit too 😁 pic.twitter.com/eNVb0kzZNH— LFC (@RockyKlopp) June 10, 2020
Yes another one said that two— Nada Elmasry (@nadanaguib24) June 10, 2020
Humble Man , I really love him ,, he is a great player, and good guy ❤️👑 pic.twitter.com/06akRe8iPb
Ramai penyokong Liverpool memuji tindakan Salah dan ada yang menyatakan “He’s Our King!”.
Atas budi yang baik di tunjukkan Mo Salah, ada peminat yang mahukan lebih ramai sepertinya, hebat di atas padang dan hebat juga di luar padang.What a Brilliant Man— B.R.HOOLIGAN (@rebirthfampir) June 10, 2020
He is...we need
Mo Clones...
Perkara ini bukan sahaja mencuri perhatian penyokong Liverpool, tetapi rakan bro-love Salah di Liverpool, Dejan Lovren sempat berjenaka mengenai cerita yang viral tersebut.
Lovren menyatakan ia satu perkara yang mulia, tapi kalau boleh sekali-sekala belanja la dia minum kopi.
Menurut tweet Lovren itu, Salah tak pernah belanja dia kopi tapi boleh pula bayar minyak untuk orang lain.
Liverpool kini hanya menunggu masa sahaja dinobat sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 30 tahun mencuba.I heard that @MoSalah paid couple of days ago the gas for everyone on the petrol station...Great gesture 👏🏻— Dejan lovren (@Dejan06Lovren) June 11, 2020
But can you pay at least once for me the coffee?? Usually you are tight guy so I am surprised, but anyway well done.
Ia merupakan gelaran ke-19 liga utama Inggeris di mana the Reds belum pernah menang sebarang gelaran EPL sejak ia diperkenalkan pada 1992.
EPL dijadual bersambung semula pada 17 Jun selepas ia digantung sejak 13 Mac akibat pandemik coronavirus.