BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 29 Jun 2020

Nike Flight, revolusi teknologi aerodinamik bola sepak


Selalunya bila bola disepak, sukar untuk menentukan pergerakannya di udara kerana kepelbagaian parameter aerodinamiknya. Dah bajet baek punya pun selalu bola tak sampai tepat ke sasaran.

Maka untuk menyelesaikan masalah itu, Nike memperkenalkan bola terbaharu yang menampilkan rekaan revolusionari - Nike Flight. Dengan menerapkan teknologi AerowSculpt yang terbaharu, bola ini katanya menghasilkan penerbangan yang 30 peratus lebih tepat daripada bola sebelumnya, Nike Merlin.


Ini bukan hasil setahun siap, tetapi usaha untuk mengkaji dan menghasilkan Nike Flight ini sebenarnya mengambil masa lapan tahun dan masa ujian selama 1,700 jam yang melibatkan 68 kali proses ubah reka bersama 800 atlet profesional.

Teknologi AerowSculpt terlihat dengan longkang-longkang pada permukaan bola baharu ini. Ia membolehkan aliran udara lebih lancar sekitar bola, sekaligus mengurangkan kegoyahannya dan menghasilkan penerbangan yang lebih konsisten.


Penerbangan bola juga dipengaruhi dengan konfigurasi panel - semakin kurang jahitan antara panel, semakin kurang juga rintangan angin. Maka Nike Flight ini menampilkan hanya empat panel sahaja yang dicantumkan dengan teknologi tekanan haba.

Selain itu, cetakan grafik secara 3D pada bola ini juga menunjukkan titik-titik strategik sebagai panduan untuk disepak bagi menghasilkan penerbangan yang diinginkan (tapi kalau kaki dah 'pengkau' pakai bola canggih mana pun sama juga hasilnya).

Nike Flight sudah boleh didapati secara atas talian di laman web rasmi Nike. Harganya RM659. Amek hang.




Sumber gambar: news.nike.com

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu