BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 13 Jun 2020

Simbolik patung 'beranak' Rusia, Matryoshka Doll


Matryoshka Doll, patung kayu bujur berdiri yang boleh dibuka dan di dalamnya ada lagi patung yang boleh dibuka lagi dan begitu seterusnya, merupakan permainan tradisional bangsa Rusia.

Ia pertama kali diukir oleh Vasily Zvyozdochkin dan direka oleh Sergey Malyutin di Bengkel Pendidikan Kanak-Kanak, badan yang mencipta dan menjual permainan kanak-kanak pada 1890.

Di penghujung dekad itu, akhirnya bengkel terpaksa gulung tikar namun tradisi diteruskan di Sergivey Posad, bandar di Rusia yang dikenali sebagai pusat penciptaan permainan kanak-kanak sejak kurun ke-14.

Patung pertama rekaan Malyutin memaparkan imej seorang ibu berpakaian tradisional orang kebanyakan, sarafan, pada patung induk. Di dalamnya adalah anak-anaknya, lelaki dan perempuan,  dan patung paling dalam adalah bayinya.

Kemudian masuk kurun ke-20 pelbagai tema mula diterapkan pada rekaan grafiknya, seperti politik, haiwan, robot, selebriti, macam-macam lah.

Rekod dunia Matryoshka Doll paling banyak dalam satu set adalah 51 buah patung dilukis tangan oleh Youlia Bereznitskaya. Patung induknya bersaiz 53.97cm manakala patung paling kecil pula 0.31cm. Susun sebelah-sebelah panjangnya selebar 3.41m.

Matryoshka dalam bahasa Rusia bererti 'puan kecil'. Patung ikonik itu dianggap sebagai simbol keluarga dan kesuburan, serta lambang sisi feminin budaya Rusia.

Cak!






Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu