BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 16 Jun 2020

Jatuh sikit dah sakit, cuba belajar daripada Sky Brown


Kalau kita tengok TV, pemain bola kena tackle, kepala terhantuk, kita tahu ramai yang pura-pura sakit dan ada juga yang sakit mengalahkan jatuh bangunan dua tingkat, lepas itu kena angkut tak boleh sambung game.

Sakit memang sakit tapi malu la sikit dengan Sky Brown. Kata tough, macho, body berketak-ketak, pergi gym hari-hari, potong rambut macam gangster dalam filem.

Siapa Sky Brown

Hah ini cerita budak perempuan bernama baru berusia 11 tahun dan merupakan atlet papan selaju ataupun skateboarding Britain yang terus menunjukkan kekuatan mental dan fizikal yang dimiliki seorang skateboarder.

Beberapa minggu lalu, dia terjatuh dari sebuah vert ataupun ramp yang tingginya lebih kurang 15 kaki (4.5 meter) tetapi beberapa hari selepas keluar hospital, dia sudah kongsi video dia menari di Instagram dengan tangan masih disimen dan muka yang lebam.

Sky bukan sahaja terjatuh terus dari udara ke lantai semasa bermain ramp milik legenda skateboarder Tony Hawk, malah dia melambung tinggi, hilang kawalan di udara sebelum kepala terhentak terus ke lantai.

Dia dibawa ke hospital dengan sebuah helikopter dengan keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan stabil walaupun mengalami keretakan pada tengkorak dan juga patah tangan kirinya.

Rakaman yang dikongsi di IGTV akaun Sky Brown menunjukkan dia melambung ke udara apabila cuba melepasi jurang pada vert tesebut. Kejadian tersebut terlalu mengerikan sehingga Tony, mahupun bapanya tidak merakam insiden dia terjatuh, walaupun memang jadi tradisi skateboarder untuk merakam keseluruhan aksi yang dibuat, walaupun jatuh.

Syukur tidak ada apa-apa yang serius berlaku kepada Sky kerana di masih kecil dan orang dewasa pun mungkin tidka boleh selamat jika alami kemalangan yang sama.

Sky ni bukan sahaja seorang skateboarder, dia suka menari dan pernah memasuki program realiti pertadingan tarian Dancing with the Stars Junior pada 2018 dan juga bersaing dalam kejohanan skateboarding peringakt profesional pada usia lapan tahun.


    
Dia sepatutnya menjadi atlet termuda mewakili Britain pada sukan Olimpik di Tokyo pada Julai tetapi pandemik COVID-19 menyaksikan temasya itu ditangguh ke tahun hadapan. 

Dalam temubual bersama BBC, Sky memberitahu dia berkongsi video dia jatuh vert tersebut untuk menunjukkan kepada semua orang boleh menimpa malang, semua orang boleh terjatuh tetapi apa yang penting ialah kita tidak putus asa dan bangkit semula. 

(Tengok Ian Johan Ariff interview Sky Brown di Singapura pada 2017)


Apa yang ditunjukkan Sky adalah kekuatan mental dan semangat yang harus dimiliki seorang skateboarder, kerana setiap kali mereka mencuba sesuatu, mereka akan jatuh sebelum jumpa cara yang betul untuk melakukannya. 

Yang penting, jangan putus asa, sama juga dengan apa sahaja yang kita lalui dalam hidup kita, ada kala kita akan jatuh dan gagal, tetapi kita hanya gagal kalau kita putus asa.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu