BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 23 Jun 2020

Tak suka lelaki pencinta kucing, memang fake news sebab…

Foto Chris Hemsworth dalam Vanity Fair

Kalau kamu tak setuju dengan cerita Astro AWANI bahawa wanita kurang tertarik dengan lelaki yang suka kucing, jangan bimbang, anda tak keseorangan.

Ini kajian yang diadakan di Amerika Syarikat, yang melibatkan 708 wanita berusia antara 18 dan 24 tahun dan dijalankan dalam talian.

Jadi kajian ini tidak menggambarkan 
  1. Wanita di Malaysia
  2. Wanita yang lebih matang
  3. Wanita yang suka kucing, kerana dekat Amerika, majoriti suka anjing, dogs are their best friend
Jadi penting untuk dibaca pada penghujung artikel itu:

Namun terdapat kemungkinan dapatan kajian ini berubah mengikut stereotaip budaya masyarakat.

"Penting untuk kita mengetahui ada kemungkinan wanita di Amerika Syarikat lebih menyukai anjing (dog person) dan bukan kucing (cat person).

"Jika benar, tidak hairanlah mereka merasakan lelaki yang sukakan kucing kurang maskulin."

Jadi jangan risau jantan-jantan di luar sana, jangan buang kucing kesayangan anda.

Wanita yang nak kemachoan, mungkin tak suka, tetapi wanita yang mahukan lelaki yang sensitif dan penyayang, akan sukakan anda.

Ini antara jantan-jantan pujaan yang mencintai kucing:

Dave Franco dalam temu bual bersama James Corden
Ian Somerhalder dari IG: iansomerhalder
Keegan Allen dari IG: @keeoone (AMARAN: merokok berbahaya!)

Iron Man pun sayang kucing gak. Foto: TUMBLR
Zachary Quinto dari IG: zacharyquinto
Hah, Dino Omar pun ada IG: @dino_omar

Macho tak ke mana, dan tak tahan lama. Hmmmphh...

Baca penulisan itu di sini

(ini mungkin penulisan satira)

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu