Ramai warga Malaysia dengan lebih 3000 tweet.
Pertama kali digunakan pada 11 Februari, ia bagi mengingatkan orang ramai mengenai kes pemandu mabuk yang dikatakan kian meningkat di Malaysia, apabila 10 kes dilaporkan media pada bulan Januari 2020.
Pada Januari, pengguna twitter @TnAzriqMuhammad memulakan hashtag tersebut, tetapi pada hari ini, @hanifjamals menggerakkan hashtag itu untuk seluruh rakyat Malaysia memberi tekanan kepada pihak berkuasa untuk lebih tegas dalam mengendali kes pemandu mabuk ini.
For those who have yet to open their eyes, drunk driving cases are increasing day by day. These drunk drivers aren’t just killing an individual, they are killing someone else’s husband/wife/kids! Time to wake up, Malaysian!! #PemanduMabukPembunuh https://t.co/163chSjJDw— Nestum (@zakwan_my) June 1, 2020
Perasaan marah, sedih dan kecewa dikongsikan di Twitter dan ia mula sampai ke kemuncak apabila membaca berita seorang penghantar makanan maut dilanggar seorang pemandu yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk.
Ini pandangan dan cerita yang dikongsi mengenai pemandu mabuk.
Ini pandangan dan cerita yang dikongsi mengenai pemandu mabuk.
Malaysian government should have enforce the law by now ok this is getting serious please please make a move! We don't need more accidents or deaths caused by irresponsible people. #PemanduMabukPembunuh #DrunkDriverKills— honeys 🌸 (@syfrhxx) June 1, 2020
You can drink alcohol and get wasted all you want and not kill, and not be driving. If you drink and drive, the alcohol isn't the problem, it's your stupidity. You can kill people and you should be held accountable. #PemanduMabukPembunuh— zah | BLM (@cryptiques) June 1, 2020
2019 - my dad's photography shop being hit by a drunken driver. Kedai kecil-kecilan kami tu la is one of our financial sources.#PemanduMabukPembunuh pic.twitter.com/dXMjcpXT7O— 🍁 (@D_Malisaa) June 1, 2020
My teacher lost her youngest son bcs of this #PemanduMabukPembunuh anak dia dilanggar lari and mati ditempat kejadian. 5tahun berlalu but teacher tak pernah miss pergi kubur anak setiap pagi hari hari 🥺 https://t.co/s2pnC0keZ5— |ipɒ🍃 (@_nrrlq) June 1, 202
Pihak berkuasa tidak berdiam diri dalam hal ini, malah Kementerian Pengangkutan (MOT) ada melakukan survey untuk isu ini.Berapa ramai lagi mangsa yang perlu dikorbankan dek kerana pemandu mabuk?#PemanduMabukPembunuh #PemanduMabukMembunuh #MalaysiaAmanTanpaArak— Eqhwan (@Eqhwan94) June 1, 2020
Kredit gambar : PPIM pic.twitter.com/njg6NGo4QP
Survei Atas Talian : Pengambilan Alkohol Dan Penguatkuasaan Undang-Undang Yang Lebih Tegas Terhadap Kesalahan Memandu Dalam Keadaan Mabuk— M.O.T Malaysia (@MOTMalaysia) May 27, 2020
...https://t.co/TI9M6XXcyl pic.twitter.com/NF4fVCjZyl
Apakah hukuman yang kita mahu kenakan terhadap 'pembunuh' ini?
Sudah pasti, hukuman dan penguatkuasaan sahaja tidak cukup tanpa pendidikan dan kesedaran yang sepatutnya.
Masalah kesedaran keselamatan jalan raya di negara ini asalnya memang sudah lemah.
Lihat sahaja bagaimana ada ibu bapa yang membawa anak mereka menunggang motosikal tanpa topi keledar, ramai yang masih tidak memasang kerusi keselamatan kanak-kanak dan masih ada yang enggan memakai tali pinggang keledar.
Tindakan tidak endah ini juga membunuh.
Itu belum lagi cerita mengenai penunggang motosikal yang tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.
Jadi, kesedaran dan pendidikan mengenai keselamatan jalan raya harus dimulakan segera, bersama-sama dengan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat untuk memastikan kesejahteraan semua pengguna jalan raya, termasuk pejalan kaki.
Malah dua hari lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengarahkan MOT merangka peindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
Setakat ini, individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.
Bagi yang menyebabkan kematian, mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 44, Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan.
Jadi, inilah yang meresahkan rakyat Malaysia kerana hukuman ini tidak memadai disebabkan perbuatan yang sudah terbukti membahayakan nyawa mereka dan orang sekeliling.
Jadi, sekali lagi kami tanya, apakah hukuman yang patut dikenakan kepada pemandu mabuk ini?