BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 24 Julai 2020

5 perkara tentang pemakaian face mask


Pelitup hidung dan mulut (face mask) mungkin hanya tiga lapisan kain, namun alat itu boleh menyelamatkan nyawa.

Ramai berpendapat, memakai alat pelindung diri itu memang tidak selesa, ada yang mengadu susah nak bernafas, rosak make-up dan ada juga yang mengatakan ia menyebabkan jerawat tetapi percayalah, memakai face mask boleh mengurangkan risiko jangkitan virus COVID-19.


Bermula 1 Ogos 2020, kerajaan mewajibkan pemakaian face mask ataupun pelitup muka di beberapa tempat awam dan ini lima perkara penting tentang pemakaiannya.

Di mana kita diwajibkan pakai face mask?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk mewajibkan pemakaian face mask di tempat-tempat sesak.

Orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam seperti MRT, LRT dan bas atau pergi ke kawasan sesak seperti pasar tani, jangan lupa memakai pelitup muka.

Saya terlupa bawa face mask, apa akan jadi?

Jika anda tidak membawa face mask ke tempat-tempat awam berkenaan atau tidak memakainya dengan cara yang betul, anda boleh dikenakan kompaun RM1,000.

Itu yang dikatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selaras dengan peraturan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Bagaimana cara pemakaian face mask yang betul?

Tentunya semua tahu bagaimana cara pemakaian face mask atau nama panjangnya pelitup hidung dan mulut dengan betul.

Pastikan ia sentiasa menutup hidung dan mulut.

Mengapa ia penting untuk menutup kedua-dua bahagian itu adalah bagi memastikan titisan air daripada pernafasan kita tidak bercampur dengan orang di sekeliling.

Jika anda antara mereka yang memakai face mask di bahagian dagu atau leher, sila hentikan dan fahami mengapa alat itu bukan dinamakan pelitup dagu dan leher.

Adakah face mask yang diperbuat daripada kain boleh dipakai?

Ya, face mask kain boleh dipakai tetapi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan jenis fabrik atau kain melibatkan tiga lapisan, termasuk lapisan bersifat menyerap air (hidrofilik), lapisan menghindar air (hidrofobik) seperti polipropilena atau poliester, dan lapisan tengah hidrofobik yang diperbuat daripada bahan bukan tenunan sintetik. 

Berapa lama kena pakai satu-satu facemask?

Bagi mengelak jangkitan bakteria yang boleh terkumpul pada facemask setelah dipakai selama beberapa jam, anda dikehendaki menukar face mask pakai buang sekurang-kurangnya setiap tiga jam.

Jika anda memakai face mask jenis kain, anda harus mencucinya setiap hari, perkara ini juga boleh memastikan tiada berlakunya jangkitan terhadap bakteria atau virus selain elak berlakunya komplikasi pada kulit.

Foto:  engin akyurt on Unsplash

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu