BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 26 Julai 2020

5 tip untuk berjaya dalam industri seni



Anda penyanyi, pemain instrumen? Penggubal lagu, penulis lirik? Ingin berjaya dalam bidang seni yang amat berdaya saing?

Orang selalu kata, anak seni ini lain daripada lain dan mempunyai cara mereka tersendiri untuk menghasilkan sesebuah karya. 

Ini lima tip bagi penggiat seni tanah air, daripada komposer yang terkenal dengan lagunya Standing In The Eyes Of The World, Datuk Wah Idris.

1. Anda kena sentiasa yakin

Wah Idris percaya bahawa keyakinan diri adalah sangat penting jika ingin pergi jauh dalam industri ini, kerana jika anda tidak yakin dengan produk (diri anda), bagaimana anda mahu meyakinkan para penonton untuk menikmati persembahan atau karya anda.

Kata beliau, setiap anak seni juga harus tanam sifat semangat di dalam jati diri masing-masing agar semangat itu boleh disampaikan kepada masyarakat.

2. Bersedia untuk terima idea, bila-bila masa

Kata Wah Idris yang telah mencipta lagu bagi temasya Sukan Komanwel pada 1998, idea boleh dicetus pada bila-bila masa.

Baginya, idea selalu datang pada tengah-tengah malam berbanding waktu pagi dan apabila idea itu datang, nasihat beliau ialah jangan lepaskan peluang fokus dalam menghasilkan muzik yang asli atau original.

3. Pilih seorang inspirasi

Setiap penggiat seni berjaya pasti ada seorang inspirasi yang dijadikan idola untuk menyuntik semangat dan dijadikan panduan dalam menghasilkan karya.

Bagi Wah Idris, kumpulan The Beatles menjadi inspirasi kepadanya oleh kerana lagu yang dihasilkan bertahun-tahun dahulu terus kekal popular pada hari ini.

4. Setia pada diri

Industri muzik sering berubah dan bukan senang untuk seorang penggiat seni untuk terus mengikuti trend semasa.

Kata Wah Idris, penggiat seni tidak boleh putus asa dan setia kepada diri sendiri.

5. Sediakan masa untuk diri sendiri

Setiap individu perlukan masa untuk re-charge, begitu juga dengan penggiat seni yang ingin mengeluarkan produk yang berkualiti.

Walaupun idea boleh datang pada bila-bila masa, ia juga penting untuk menyediakan masa bagi diri sendiri.


Foto Cover: Pien Muller @ unsplash.com 



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu