BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 27 Julai 2020

Al-Ikhsan rai keunggulan Liverpool dengan ‘Champions Range’


Dalam tahun yang penuh dugaan dan cabaran ini, boleh kata tiada siapa yang lebih bahagia daripada para penyokong kelab bola sepak Liverpool.

Penantian panjang 30 tahun yang perit akhirnya tamat apabila skuad kendalian Jurgen Klopp berjaya mengucup dan menjulang piala Liga Perdana Inggeris yang didambakan sejak sekian lama pada musim ini.

Semestinya menyusuli kejayaan penuh bersejarah ini, Liverpool mengeluarkan koleksi khas sebagai memorabilia atau kenang-kenangan untuk dimiliki para penyokong yang menjadi nadi dan tulang belakang yang setia bersama turun dan naik pasukan ini.

Namun, tidak semua penyokong The Reds mampu untuk memilikinya lebih-lebih lagi buat mereka yang berada di negara yang nilai mata wangnya lebih kecil berbanding Pound Sterling termasuklah di Malaysia.

Mujur kita ada Al-Ikhsan, peruncit barangan sukan nombor satu negara yang juga pengedar rasmi produk Liverpool di Malaysia yang meraikan sama kegemilangan kelab itu dengan melancarkan ‘Champions Range’.



Majlis pelancarannya dibuat pada Khamis di Football Republic,Sunway Pyramid, sehari selepas upacara menjulang piala berlangsung di Anfield. Walau dalam keadaan pergerakan terbatas bagi mematuhi prosedur operasi standard pencegahan wabak COVID-19, para penyokong yang hadir meraikan kegemilangan dalam kesederhanaan namun tetap meriah.

“Sesuatu yang unik, kerana selepas ini kita pun tak tahu siapa juara di mana stadium kosong tanpa penyokong. Rasanya satu-satunya dalam sejarah EPL, jadi kita ambil positif.

“Tak ada penyokong di stadium pun tak apa, kita tetap raikan tapi dengan cara tersendiri lah,” kata Presiden All Reds Malaysia, Muzili Aznor Musa.

Acara pada petang tersebut turut diserikan dengan kehadiran Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zhafrul Tengku Abdul Aziz yang juga merupakan seorang penyokong Liverpool tegar sejak kecil. Beliau diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla merasmikan ‘Liverpool FC Champions Range’ di hadapan kira-kira 150 penyokong yang hadir.

Pada waktu sama, berlangsung juga majlis menandatangani lanjutan kontrak kerjasama antara Al-Ikhsan dengan dua kelab penyokong rasmi Liverpool di Malaysia, All Reds Malaysia dan KL Kopites.

“Al-Ikhsan sudah menjadi rakan kita sejak dua tahun lepas. Ini sangat bermanfaat buat para ahli kelab penyokong khususnya kerana anda mendapat potongan 20 peratus untuk semua barangan Liverpool dan juga barangan lain yang dijual di sini (Al-Ikhsan dan Football Republic),” ujar Presiden KL Kopites, B. Sashidaran.



Satu lagi kelab penyokong rasmi The Reds dari Sabah, Kinabalu Reds juga memeterai perjanjian kerjasama pertama mereka dengan Al-Ikhsan, menandakan syarikat itu bakal melebarkan lagi sayap mereka untuk membekalkan kehendak pasaran di Borneo.

“Ini langkah pertama kepada hubungan kerja jangka panjang antara kami, jadi harapnya kita akan dapat melihat cawangan pertama Al-Ikhsan di Sabah dalam masa terdekat ini,” kata Andy A Raja, Presiden Kinabalu Reds.

Bertepatan dengan misi dan visi sejak 27 tahun penubuhannya, Vach berkata Al-Ikhsan sentiasa mengorak langkah supaya barangan sukan mampu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia.

“Saya rasa dalam konteks keboleh dapatan produk, kami ada e-dagang. Ketika ini kami ada 50 cawangan, dan menjelang penghujung Ogos ini kesemua produk Liverpool ini akan berada di 80 cawangan di seluruh negara.

“Kami juga merancang untuk membuka kedai khusus untuk produk Liverpool, jadi kami ada pelan besar untuk membina jenama Liverpool di Malaysia,” jelasnya.


Item utama yang diketengahkan dalam koleksi juara ini adalah kemeja-T ‘Champions’ yang datang dalam warna merah dan hitam. Kalau di kedai atas talian rasmi Liverpool, harganya 22 Pound bersamaan RM120. Oleh kerana Al-Ikhsan menghasilkannya sendiri dalam negara, barang yang sama boleh didapati hanya pada RM59 sahaja.

Begitu juga produk-produk lain seperti baju sejuk ‘hoodie’, mafla, bendera, mug, penghias rantai kunci, topeng muka dan pelbagai lagi yang boleh dibeli pada harga bermula RM29.

Cepat! Dapatkannya sementara stok masih ada. Kalau tak berkesempatan mengunjungi cawangan Al-Ikhsan atau Football Republic, dapatkannya menerusi www.al-ikhsan.com/liverpoolfc/champions-range.html.





Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu