BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 22 Julai 2020

Strim muzik terus ke otak anda dengan guna cip




Lupakan Spotify, Apple Music dan aplikasi pentriman muzik kerana usahawan teknologi Elon Musk akan melancarkan teknologi baharu yang membolehkan anda strim muzik terus ke otak masing-masing.

Ya, otak anda! Dengan teknologi cip mikro Neuralink, cip pemproses itu akan dimasukkan ke dalam otak manusia melalui proses pembedahan yang bukan sahaja membolehkan pentriman muzik, namun boleh membantu manusia yang mengalami masalah psikologi seperti kemurungan dan kegelisahan.

Ini tiga perkara menarik tentang Neuralink.

Kenapa nak masukkan cip ke dalam otak?

Elon Musk yang juga merupakan Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) SpaceX dan Tesla membangunkan inovasi terbaharu ini sejak 2019 bagi menyambungkan komputer dan cip yang dimasukkan di dalam kepala manusia.

Teknologi ini pada asal adalah bagi membantu pesakit Parkinson's, namun ia akhirnya ditubuhkan bagi memberi manusia kapabiliti untuk jadi sehebat kecerdasan buatan robotik (A.I), di mana Musk menganggap AI sebagai ancaman kepada manusia, lebih dasyat daripada bom nuklear. 

Bagaimana cip boleh dimasukkan dalam kepala?

Menurut Musk, proses pembedahan tidak invasif dan lebih kurang proses pembedahan mata lasik yang hanya menggunakan teknologi laser yang mengambil tempoh tidak lebih daripada 30 minit.

Proses pembedahan melibatkan robot pembedahan neuro (neurosurgical robot) yang mana benang fleksibel akan dimasukkan ke dalam otak manusia. 

Musk juga tak mahu libatkan pakar bedah otak dalam proses ini kerana ramai yang tak mampu untuk membayar bil pembedahan nanti. 

Neuralink yang ditubuhkan pada tahun 2016, hanya pernah membuat satu persembahan awam berkaitan teknologi itu pada tahun 2019.

Setakat ini, Musk mengusik pelanggan dengan Tweet yang memberi sedikit input berkaitan cip yang turut berpotensi membantu penagih dengan ketagihan mereka dengan mengubah beberapa bahagian otak untuk melatih semula bahagian tersebut yang bertanggungjawab untuk deria ketagihan.

Hujung minggu lalu, Musk telah memuat naik beberapa Tweet untuk menarik perhatian pakar dalam bidang kejuruteraan mekanik, kejuruteraan perisian robotik serta pakar juruteknik histologi.


Kajian sudah dilakukan ke atas haiwan makmal dan Musk berhasrat memulakan kajian ke atas manusia tahun ini.

Foto: Unsplash Jesse Orrico 



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu