BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 28 Julai 2020

Kluster Apa Bossku?




Sibuk sangat berpolitik sehingga lupa kita belum menang melawan pandemik COVID-19!


Ribuan penyokong bekas Perdana Menteri (PM) Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkumpul di depan pintu mahkamah sambil bersorak "Hidup Bossku!", bagi menunjuk sokongan mereka ke atas bekas PM itu yang didapati bersalah ke atas tuduhan penyelewengan wang RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

(Mereka menyokong pemimpin yang menyelewang wang?)




Sekarang apa yang menjadi isu bukan siapa sokong pemimpin mana, tetapi cara kita menyokong tak kena pada masanya. 

Mereka tidak menghiraukan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai penjarakan sosial atau memakai pelitup muka (kalau ada yang pakai pun tak betul, hidung terkeluar) yang mungkin boleh mewujudkan kluster baharu, Kluster Bossku.




Rata-rata warganet meluahkan kerisauan terhadap kemungkinan akan ada kluster baharu ini di media sosial.



Perbuatan menunjuk perasaan dan berkumpul secara beramai-ramai di kala waktu pandemik bukan sesuatu yang bijak, terutama sekali terhadap satu yang tidak membawa faedah.

Mahkamah yang adil di negara ini yang membuat keputusan, tak langsung wujud ketidakadilan di sini.

Mereka yang terlibat patut dikenakan kompaun RM1000 seorang, kata seorang warganet (@naratukd) di Twitter.


Foto: Twitter @naratukd



Ada juga yang meluahkan rasa marah kepada penyokong Najib yang berkumpul secara beramai-ramai tanpa fikirkan kesihatan dan keselamatan orang lain.

Foto: Twitter @JermalOnn



Asrul Muzaffar (@asrulmm) pula berpendapat, nak sokong pemimpin tercinta atau mana-mana parti politik terpulang, tetapi berpada-pada lah dengan waktu dan keadaan dan jangan lah tidak peduli langsung kepada SOP yang ditetapkan.

Foto: Twitter @asrulmm



Penyokong setia Najib dipercayai telah bermalam di masjid berdekatan dan sampai di kawasan seawal jam 6 pagi tadi.


Dengan tagline, Malu Apa Bossku?, memang ramai yang keluar tanpa segan silu dan tidak pedulikan undang-undang dengan melakukan perkara seperti ini.

Adakah ini yang kita nak ajar anak-anak kita bossku?

Apapun kami pasti kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan tertentu terhadap para penyokong Najib yang tidak bertanggungjawab ini, seperti yang berlaku sebelum ini dimana pemimpin dari Perikatan Nasional sendiri dikenakan kompaun akibat melanggar SOP.



Foto Cover: Fareez Azman, Astro AWANI



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu