BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 14 Julai 2020

"Sarkas kembali!" - Netizen luah kekecewaan dengan Dewan Rakyat


Selepas lebih tiga bulan dunia berehat ekoran serangan COVID-19, bumi yang sekian lama dicemar manusia kembali memulih. Dan manusia sedikit demi sedikit kembali meneruskan kehidupan biasa dengan normal baharu.

Tapi nampaknya ada perkara yang masih tidak berubah. Politik Malaysia masih sama, terlihat jelas daripada segala yang berlaku dalam Sidang Dewan Rakyat yang kembali membuka tirainya semalam 13 Julai 2020.

Kecoh isu pelantikan Speaker yang baharu, kebiadaban Ahli Parlimen Baling yang menghamburkan kata-kata berbaur perkauman, ejek-mengejek dan macam-macam lagi. Nak kata debat pun tidak. Haru-biru, tak menggambarkan sebuah institusi kepemimpinan bertamadun yang dianggotai oleh manusia-manusia 'terpelajar'.

Rakyat yang menonton pun meluahkan rasa kecewa dan malu mereka terhadap apa yang berlaku pada hari pertama pembukaan Sidang Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14 2020. Seperti biasa, emosi dan kreativiti dihamburkan di laman sosial khususnya di Twitter. Ini antara beberapa:







Ada orang membandingkan dengan sidang parlimen negara lain yang juga kecoh. Ya, semua tahu beginilah rencam dunia politik di mana sahaja. Tapi sampai bila kita nak hidup mengikut cara orang? Takkan nak bandingkan dengan benda buruk? Ke mana matlamat kita untuk jadi negara yang tinggi budi, ilmu dan budayanya?

Apa yang berlaku di Parlimen semalam bukanlah cerminan yang baik untuk anak-anak kecil. "Budak-budak tak tengok sidang Dewan Rakyat, tak apa." Televisyen dipasang, internet tanpa sempadan terbuka di hujung jari, mustahil ia tidak sampai ke pengamatan mereka.

Maka, kita akan melahirkan generasi pelapis yang mengikut apa yang mereka lihat. Dan kitaran itu akan berterusan dari zaman ke zaman sehingga buruk dan cela menjadi satu budaya yang biasa dalam masyarakat, seandainya tidak berlaku sebarang perubahan.

Namun pada akhirnya, ini semua adalah sebuah 'showbiz'. Selepas bertekak di pentas Dewan Rakyat, di sebalik kamera mereka tetap bersua dan bergurau senda. Nasib kita rakyat entah bagaimana.

Jadi janganlah terlalu emosi. Just enjoy the show, dan lakukan segala yang termampu untuk mengubah diri sendiri, masyarakat sekeliling dan seterusnya negara menjadi lebih baik untuk diwarisi generasi mendatang.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu