Bagaimana sebuah syarikat teknologi seperti Tesla, yang membikin 367,500 kereta pada tahun lepas, boleh mengatasi Toyota yang mengeluarkan 10 juta kenderaan setiap tahun sebagai pembuat kereta paling berharga di dunia?
Lagi gempak, Tesla yang hanya mengeluarkan kereta elektrik berkuasa tinggi, melakukannya dalam tempoh 10 tahun sahaja.
Pada Januari, Tesla mengatasi Ford dan GM sebagai syarikat pembuat kenderaan paling berharga di Amerika Syarikat, apabila permodalan pasarannya mencecah AS$81.39 bilion (Google sendirilah nilainya dalam RM).
Namun apabila pasaran dibuka pada Rabu, harga saham Tesla meningkat hampir 4% kepada AS$1,129.18, iaitu nilai tertinggi baharu dalam tempoh 52 minggu.
Kini jumlah permodalan pasaran Tesla sudah menghampiri AS$208 bilion!
Jumlah tersebut mengatasi Toyota yang bernilai AS$203.21 bilion.
Foto: Tesla.com |
Apa yang menyumbang peningkatan penjualan Tesla?
Pengeluaran kereta Model 3, yang lebih murah menjadi meningkatkan kepercayaan kepada pelabur untuk terus mempercayai syarikat teknologi itu dalam bidang pembuatan kereta, walaupun secara tradisinya, Tesla bukanlah didaftar sebagai syarikat pembikin kenderaan.
Tesla juga mengeluarkan panel solar yang digunakan secara komersil.
Dengan visi dan teknologi yang Tesla miliki, penjualan 367,500 kereta dapat mengatasi jumlah penjualan 10 juta kenderaan setahun.
Jadi tak mustahil bagi mana-mana syarikat yang mempunyai model perniagaan yang gempak, menitik beratkan quality over quantity (kualiti bukan kuantiti), dapat mengatasi gergasi yang sudah lama bertapak dalam bidang itu.
Belum habis lagi, harga saham Tesla mungkin terus meningkat, apabila laporan jumlah penjualan dan penghantaran kereta bagi suku kedua diumumkan pada Khamis, waktu Amerika.
Sumber: TechCrunch
Sumber: TechCrunch