TikTok adalah aplikasi perkongsian video yang dibangunkan di China, tapi sebenarnya TikTok dan aplikasi asalnya dari China, Douyin berkongsi pelayan atau server yang berbeza.
TikTok kini menyimpan data pada pelayan di luar China, iaitu di Amerika Syarikat dan data sandar di Singapura.
Oleh itu untuk warga China, pengguna Douyin tertakluk kepada undang-undang kerajaan China.
Jadi adakah TikTok yang dipimpin CEO orang Amerika Syarikat itu harus mengikut perintah kerajaan negara tembok besar itu?
Ataupun ini agenda aplikasi buatan Amerika yang lain untuk menjatuhkan aplikasi yang mengugat kerancakan populariti aplikasi mereka yang kini beralih kepada TikTok?
Pejabat ByteDance di Beijing. Photo: News Minute |
Selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo mengeluarkan kenyataan bahawa negara itu sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan TikTok dan aplikasi lain dari China, TikTok menegaskan bahawa CEO syarikat itu adalah rakyat Amerika.
TikTok yang dibangunkan oleh ByteDance, syarikat teknologi internet dari Beijing, juga menegaskan ia mementingkan keselamatan data pengguna selain mematuhi polisi awam Amerika.
Kenyataan dibuat selepas berulang kali didakwa berkongsi data pengguna dengan kerajaan China oleh pelbagai pihak, terutama sekali pemimpin tertinggi Amerika.
Kalau kita tengok TikTok dan kandungan yang dikongsi, bagaimana ia boleh dianggap sebagai salah satu daripada ancaman kepada negara itu?
Orang menari, orang menyanyi, orang berlakon dan berkelakuan kelakar paling banyak di TikTok. Jadi apa yang bahayanya?
Untuk generasi Z, mereka mungkin tak fikir semua ini penting, mereka tak pernah jumpa buaya di air tenang, malah ramai yang join TikTok ni tak pernah baca polisi penggunaan yang panjang lebar pada aplikasi itu (yang sentiasa dikemas kini).
Ini barisan pimpinan Bytedance, yang memiliki TikTok. Jelas sekali bila nama dah dari Beijing, memang Amerika tak akan percaya la. Tengok macamana Amerika (Trump) vs Huawei, selain isu keselamatan dan privasi, ia juga mengenai perlindungan kepada syarikat Amerika selain kepentingan lain.
TikTok ni sentiasa dipalit kontroversi, baru-baru ini sahaja digantung sementara di India, akibat ketegangan antara dua negara itu.
Asal bergaduh je, negara yang terlibat membuat keputusan untuk menarik aplikasi yang dianggap penting kepada musuh mereka. Mungkin sebab ia yang paling senang untuk dilakukan berbanding buat sekatan antarabangsa yang lain.
Sebelum ini, pada 2018, Indonesia mengharamkan TikTok akibat dituduh menyebar kandungan lucah dan juga menyesatkan, di mana Bangladesh turut mengikuti jejak yang sama dengan menyekat akses internet untuk aplikasi itu.
Douyin (TikTok China) pula diarah oleh kerajaan China untuk menyekat pelbagai kandungan termasuk protes terhadap kerajaan itu di Hong Kong, kem ‘pemulihan’ Xinjiang dan menghalang akses dengan kandungan nama-nama ahli politik seperti Vladimir Putin, Donald Trump, Baracak Obama dan Mahatma Gandhi.
Senang cerita apa sahaja kandungan yang tak sehaluan dengan kerajaan China yang membolehkan rakyat itu berfikir diharamkan.
TikTok juga pernah melanggar polisi perlindungan kanak-kanak dalam talian Amerika dan didenda sebanyak AS$5.7 juta.
Ada juga dakwaan TikTok masih tidak mematuhi peraturan itu yang sedang disiasat oleh Pesuruhjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat (FTC).
Banyak sebenarnya nak cerita pasal TikTok vs Amerika dan China vs kandungan dunia yang lain.
Tapi disebalik semua kontroversi ini, TikTok mempunyai banyak pejabat beroperasi di lebih 150 pasaran, lebih daripada 800 juta pengguna aktif di seluruh dunia (1.5 bilion muat turun) dan menjadi pesaing direct kepada Instagram/Facebook.
Ingat TikTok baru saja ditubuhkan pada 2016! (Facebook 2004, Instagram 2010)
Ia juga sangat proaktif sehingga mewujudkan pelbagai kerjasama dengan jenama-jenama berpengaruh Amerika pada tahun lepas, termasuk National Football League (NFL), yang mempunyai 16.5 juta penonton bagi setiap perlawanan.
Kini ada lebih 65 juta pengguna TikTok di Amerika, dengan 365 juta muat turun pada tiga bulan pertama tahun ini, menggunakannya untuk release tension selain menunjuk bakat, selain melaporkan kejahilan orang Amerika menentang Black Lives Matter.
Anda tetap akan menggunakan TikTok? Layan poll dekat bawah.