BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 7 Julai 2020

Roger Federer Lancar Kasut Edisi Terhad


17 tahun dahulu, Roger Federer memenangi gelaran Grand Slam Wimbledon yang pertamanya, hari ini Federer melancarkan kasut edisi khas hasil kerjasama dengan jenama dari Zurich, Switzerland, On.

Selama 17 tahun, Federer sudah bekerjasama dengan pelbagai jenis jenama kasut sukan, namun kali ini ia lebih istimewa kerana kasut yang baharu ini tertera nama pemain Switzerland itu.

Namun ia bukan kasut sukan, tetapi adalah kasut konsep gaya hidup aktif, untuk kegunaan harian yang amat selesa dengan ciri-ciri yang ada pada sepasang kasut prestasi sukan.


Pemegang rekod 20 gelaran Grand Slam itu melancarkan Roger Centre Court 0, yang merupakan edisi terhad dan hanya akan dijual dalam tempoh 48 jam, bermula hari ini.

Setiap kasut yang dijual akan tertera nombor produksi dengan sasaran 1,000 pasang kasut dijual.
Federer, 38 tahun menjadi salah seorang pelabur dalam syarikat On sejak November tahun lalu, dalam usaha menceburi bidang yang baharu selepas tenis.

Reka bentuk kasut ini agak simple, minimalist dan low profile berbanding kasut yang dipakai Federer sebelum ini, diinspirasi daripada sukan tenis dulu-dulu.

Bahagian luar kasut ini diperbuat daripada kulit lembu dengan suede, selain tapak lembut yang mengembalikan tenaga kepada si pemakai.

Bagi yang berminat, boleh ke laman web On.

Semua foto dari laman web On

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu