Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, manusia terpaksa mengubah cara kehidupan dan lebihkan masa duduk di rumah.
Perkara itu telah menjadikan orang lebih kreatif di dapur sehingga mengeluarkan macam-macam trend makanan baharu.
Ada yang begitu popular seperti Dalgona Coffee, tetapi ada juga yang pelik sehingga membuat anda hilang selera makan.
Ini tiga trend makanan pelik masa PKP.
1. Maggi Kari Milo
Trend maggi milo berbunyi seperti trend yang dimulakan oleh pelajar universiti yang duduk di asrama dan memakan maggi untuk sarapan pagi, makanan tengah hari dan makan malam.
Oleh sebab telalu bosan dengan menu yang sama setiap hari, pasti mereka ingin mencuba resipi baharu untuk dihidang di mana terhasilnya maggi kari milo.
Kombinasi campuran pedas dan manis itu bukan biasa-biasa dan pada saya, jika anda pernah cuba resipi itu, anda mungkin seorang psiko.
Bagaimanapun, trend itu yang dipercayai bermula di Malaysia sebenarnya bukan trend baharu namun telah wujud sejak bertahun-tahun lagi.
Di negara seperti Mexico dan Jepun, makanan pedas sering ditambah coklat untuk menambah baik perisa sedia ada.
Jika anda ingin belajar membuat maggi kari milo, sila lihat tutorial ini.
2. Ais Krim Indomie Goreng
Ini lagi satu resipi pelik yang dihasilkan dengan kombinasi mee segera dan sesuatu yang manis (saya memang tidak memahami trend ini).
Tetapi ais krim Indomie goreng ini bukan sesuatu yang boleh dihasilkan di rumah sahaja, namun ia merupakan menu manisan khas oleh syarikat Indonesia, Holi Ice Cream.
Jangan terkejut, jenama itu sangat popular di Indonesia dan saluran itu ada lebih 11,000 pengikut di Instagram dan gambar hidangan itu sahaja telah mendapat lebih hampir 3,000 likes.
Mungkin ia benar-benar sedap? Jika anda ingin cuba, anda boleh hubungi Holi Ice Cream, jangan lupa untuk memberitahu saya kalau sedap.
3. Teh Tarik Carbonara
Selepas mendengar kedua-dua trend di atas tadi, resipi teh tarik carbonara mungkin tidak se-pelik mana, bukan?
Lagi-lagi zaman sekarang di mana semua sedang gilakan butter chicken, satu hidangan popular ayam bersama susu pekat manis.
Cara memasak hidangan ini adalah sama dengan cara masakan carbonara biasa, tetapi final touch adalah menambah satu gelas teh tarik bagi menambah perisa krim hidangan tersebut.
Bunyi memang pelik, tetapi apa-apa pun, jika tidak cuba, maka tidak tahu.
Mana satu resipi makanan paling pelik bagi anda?
Sumber foto: Instagram @holi.icecream