BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 12 Ogos 2020

Apa akan jadi kalau gajah pupus?


Pernah terfikir apa akan terjadi kepada kita jika gajah pupus?

Perkara itu tidak mustahil kerana populasi gajah di Malaysia hari ini semakin berkurangan.


Kegiatan manusia seperti pemburuan haram untuk gading, pembangunan ladang di hutan  dan perindustrian merampas habitat gajah yang memerlukan kawasan yang luas untuk bergerak dan mencari makan.

Bayangkan jika suatu hari nanti, spesis gajah yang penting untuk kesihatan ekosistem terus pupus buat selama-lamanya dan hanya tinggal kenangan bagi cucu-cicit kita.


Foto: Emily Goodhart @ Unsplash.com

Apa akan terjadi kalau gajah pupus?

Gajah dianggap sebagai 'pembentuk ekosistem' kerana kegiatan spesis mamalia darat terbesar itu yang mencari dan memakan tumbuh-tumbuhan, akan mengubah dan memberi kesan kepada struktur penumbuhan spesis tumbuhan itu.


Ini akan memberi kesan kepada bukan sahaja spesis tumbuh-tumbuhanan, tetapi juga spesis serangga, mamalia dan ekosistem hutan secara keseluruhan.


Sebagai contoh, gajah yang bersaiz besar mendapatkan makanan dengan menjatuhkan dahan dan batang pokok.


Tindakan itu akan memberi ruang untuk pembentukan habitat mikro bagi haiwan-haiwan kecil seperti luwak dan rama-rama.

Gajah juga merupakan sumber penyuraian benih bagi macam-macam jenis tumbuhan, selain najisnya dijadikan sumber makanan utama kumbang tahi.


Kenapa kita harus kisah?

Kewujudan tumbuh-tumbuhan adalah penting bukan sahaja kepada kesihatan ekosistem hutan, tetapi juga kepada kesihatan manusia dan ekonomi.


Tanpa ekosistem hutan, tiadanya sumber alam semula jadi seperti air bersih untuk diminum atau udara segar dan oksigen yang dilepaskan oleh tumbuhan.


Jika pembentuk ekosistem pupus, begitu juga tumbuh-tumbuhan yang akan turut serta yang akhirnya menyebabkan kepupusan manusia.


Apa yang kita boleh lakukan untuk melindungi gajah?


Pelbagai inisiatif boleh dilakukan orang awam untuk terus melindungi spesis gajah daripada pupus.


Antaranya, elak mengunjungi taman hiburan haiwan yang ada aktiviti menunggang gajah atau aksi persembahan gajah, kerana tempat-tempat itu memaksa gajah menjadi buruh dan selalunya gajah dilayan dengan kekerasan.


Katakan tidak kepada produk yang diperbuat daripada gading gajah, tidak kira kecil atau besar kerana industri itu akan meningkatkan aktiviti pemburuan haram.

Anda turut boleh menandatangan petisyen untuk menyokong pemuliharaan gajah dan menyertai seminar untuk menambah pengetahuan mengenai spesis itu dan bagaimana anda boleh membantu melindunginya.

Selamat Hari Gajah Sedunia!

Sumber foto: Kevin Tadema




Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu