BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 19 Ogos 2020

Jangan ingat di Sweden tak ada sambutan Merdeka


Meskipun berada 9,443 kilometer jauh dari tanah air, semangat patriotisme rakyat Malaysia di Sweden tetap membara.

Perkara itu dapat dilihat melalui satu rakaman video di laman YouTube oleh komuniti Malaysia di Stockholm, Sweden sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-63.

Video yang dimuat naik di saluran YouTube Zainal Khair memaparkan duta-duta Malaysia, pekerja tetap serta pelajar Malaysia di Sweden menyanyikan lagu ikonik negara, Standing In The Eyes Of The World.

“Rakaman video Hari Merdeka ini adalah bagi menunjukkan semangat patriotik rakyat Malaysia di Sweden yang masih tebal, walaupun sudah lama meninggalkan tanah air untuk mencari rezeki di tempat orang,” kata Zainal Fitri Abu Khair, salah seorang rakyat Malaysia di Sweden.

Baginya, video itu mampu melahirkan dan menanam sifat cintakan negara, terutamanya bagi generasi muda yang tidak berkesempatan untuk merasa kehidupan di negara asal, Malaysia.

“Selain mengeratkan hubungan rakyat Malaysia yang berada di Sweden, projek rakaman video sempena Merdeka ini turut mampu mempromosikan negara ketika merakam video bersama Jalur Gemilang di tempat-tempat awam dan lokasi tarikan pelancong,” katanya lagi.

Zainal yang telah berpindah ke Stockholm sejak 2008 bercadang untuk merakam video bersama komuniti Malaysia di sana setiap tahun sempena Hari Kemerdekaan.

Tahun lepas mereka membawakan lagu Sejahtera Malaysia.

Tahun ini merupakan tahun kedua sejak rakaman pertama disiarkan pada 2019, di mana mereka menyanyikan lagu Sejahtera Malaysia.

Standing in the Eyes of the World  dinyanyikan, Ella, ciptaan Datuk Wah Idris sejak 2003 yang semakin hari, semakin popular di mata dunia.






Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu