BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 3 Ogos 2020

Kenapa diskriminasi warna kulit masih wujud?


Manusia ini memang tak pernah puas dengan apa yang mereka ada.


Budaya Asia Tenggara yang ramai warganya berkulit gelap atau dipanggil sawa matang dan hitam manis ini inginkan kulit putih sehingga sanggup membeli macam-macam produk untuk memutihkan kulit.


Budaya Barat pula yang dilahirkan dengan kulit cerah, nakkan kulit gelap pula sehingga berjemur di tengah panas sampai kulit melecur dan mengelupas.


Mengapa perkara seperti ini berlaku? 

Tuhan sudah jadikan masing-masing sempurna, mengapa manusia tidak pernah bersyukur?


Sebenarnya persepsi dan diskriminasi terhadap warna kulit (colorism) ini sudah wujud beribu-ribu tahun dahulu dan sedih tetapi benar, ia masih wujud sehingga tahun 2020.



Macam mana budaya colorism boleh bermula?


Di Malaysia atau kebanyakan negara Asia Tenggara, budaya colorism ini sesuatu yang di-normal-kan sehingga ramai di antara kita tidak tahu colorism ini sebenarnya mendiskriminasi bangsa sendiri.

(Jika anda rasa diskriminasi terhadap bangsa lain atau racism sesuatu yang tidak boleh diterima, apa bezanya perkara itu dengan colorism?)

Budaya ini bermula sejak dari zaman penjajahan British.

Orang kulit gelap disamakan dengan orang miskin kerana terpaksa bekerja dengan berjemur di tengah panas, manakala orang kulit putih pula disamakan dengan orang berada yang jarang keluar rumah atau berjemur di tengah panas.

Walaupun dunia sudah berubah pada 2020 dan tradisi persamaan kulit gelap dengan orang miskin, kulit putih dengan orang berada tidak lagi wujud, kenapa  persepsi itu  masih kekal dalam masyarakat kita dan kenapa ada orang Melayu suka sangat kulit putih?

Jawapannya, pengaruh media yang membentuk dan menghasilkan satu standard kecantikan iaitu kulit putih lebih cantik berbanding kulit gelap. 


Foto: Jurien Huggins @Unsplash

Bagaimana media mempengaruhi budaya colorism?

Media, terutamanya di negara-negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia sering mengutamakan bakat-bakat berkulit putih atau rupa pan-Asian.

Jika anda tengok sahaja kaca televisyen, semua muka yang mempromosikan jenama-jenama besar, terutamanya jenama produk kecantikan dan produk kulit, pastinya model berkulit putih.

Ini lebih ketara dalam iklan produk kecantikan kulit, di mana jalan cerita iklan selalunya bermula dengan wanita berkulit gelap yang murung dan tidak ceria, namun apabila wajahnya bertukar cerah, moodnya terus bertukar menjadi ceria dan gembira.

Walaubagaimanapun, pada sesuatu ketika dahulu, negara Malaysia pernah menghentikannya. 



Ada ke orang kena diskriminasi kerana warna kulit?

Suka atau tidak, diskriminasi terhadap warna kulit adalah sesuatu perkara biasa yang berlaku lagi-lagi di negara kita.

Patah balik ke zaman sekolah rendah, ingat tak ada budak-budak yang suka mengejek rakan mereka kerana warna kulit gelap?


Apabila sudah dewasa pun, kita kadang-kadang tidak sedar tetapi ramai orang kulit gelap pernah mengalami diskriminasi sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.


Apa lagi yang mempengaruhi colorism di sesebuah negara?


Industri kecantikan merupakan pengaruh terbesar colorism di Asia.


Menurut Penganalisa Industri Global, pasaran global pemutihan kulit dijangka menjangkau 8.9 bilion USD pada tahun 2027 itu akan dipengaruhi oleh pembeli di negara-negara Asia.


Produk-produk seperti Fair & Lovely dan L'Oreal pernah memasarkan produk pemutihan kulit dengan label-label "Skin-whitening" "Anti-darkness" dan sebagainya.


Namun pada tahun ini, selepas berlakunya gerakan Black Lives Matter, kedua-dua jenama kecantikan berkenaan berhasrat untuk menghentikan pemasaran produk pemutihan kulit dan menggantikan label-label tersebut kepada sesuatu yang tidak mendiskriminasi kulit gelap.


Walaupun jenama-jenama kecantikan sedikit demi sedikit ingin menukar branding mereka,  lebih banyak program kesedaran mengenai isu ini perlu diadakan untuk mengubah persepsi manusia, lagi-lagi jika sesuatu itu wujud sejak zaman atuk nenek kita lagi.


Jadi apa yang anda boleh lakukan untuk hentikan budaya colorism? 


Kongsikan artikel ini kepada keluarga dan kawan-kawan.



Foto Cover: Engin Akyurt @ Pixabay




Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu