Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Kita semua tahu, ada perang perdagangan yang besar antara Amerika Syarikat dengan China.
Kempen semangat kenegaraan juga giat dijalankan sehingga ada warga China sanggup memecahkan iPhone sebagai tanda protes terhadap Amerika.
Semua itu nampaknya tidak memberi kesan yang signifikan terhadap penjualan iPhone di China apabila kajian menunjukkan peningkatan penjualan produk Apple itu di China, mengatasi produk negara itu, Huawei.
Laporan Counter Point Research menunjukkan penjualan Apple di China naik 32 peratus pada suku kedua tahun 2020 berbanding hanya 14 peratus untuk Huawei.
Syarikat pembuat telefon pintar lain seperti Vivo, Oppo dan Mi pula menunjukkan penurunan yang teruk sekali pada suku tahun kedua tahun ini.
Huawei bagaimanapun masih menguasai 46 peratus pasaran telefon pintar di China bagi suku kedua 2020 sementara Apple hanya 9 peratus.
Peningkatan penjualan Apple pada suku kedua tahun 2020 didorong diskaun yang diberikan untuk produk iPhone, termasuk iPhone 11 dan pelancaran iPhone SE yang jauh lebih murah berbanding keluaran iPhone lain sebelum ini.
Penurunan penjualan Huawei pula dipercayai kerana tidak lagi boleh menggunakan Google Mobile Services (GMS), selepas pentadbiran Trump melarang Google dan Microsoft bekerjasama dengan Huawei.
Cabaran iPhone kini ialah menghasilkan telefon pintar dengan teknologi 5G yang bakal digunakan di seluruh negara China tidak lama lagi.
Namun iPhone 12 ataupun model terbaharu yang akan dilancarkan pada Oktober tahun ini dijangka membantu peningkatan penjualan Apple di masa hadapan.
Satu per tiga penjualan telefon pintar yang dijual di China adalah produk 5G dan iPhone 12 tidak boleh terlepas daripada pembagunan ini.