BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 4 Ogos 2020

Peluang 'slim' di PRK Slim


Apa kita boleh jangkakan pada PRK DUN Slim?

Apa yang sudah tentu ialah tarikh PRK DUN Slim ditetapkan pada 29 Ogos, dengan penamaan calon bakal diadakan pada 15 Ogos.


Ini beberapa perkara dan jangkaan yang mungkin berlaku pada PRK Slim yang akan berlaku tidak lama lagi.

AMANAH calonkan orang muda

Perasan tak, mengapa tiada lebih ramai generasi muda di dalam kabinet sekarang?

Itu yang menjadi perkara utama yang dibincangkan anak muda yang dikatakan sudah muak dengan muka ahli politik yang sama saja.

Parti Amanah Negara (AMANAH) tampil untuk mencalonkan muka baharu bagi mewakili parti itu di PRK DUN Slim akan datang.


Mungkin pencalonan muka baharu bagi PH 'Plus' dapat memberi sedikit gambaran langkah ke hadapan bagi situasi politik negara.

Itu juga yang “dikatakan” Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin, namun nama calon belum diumumkan secara rasmi dan kita hanya akan mengetahuinya pada 15 Ogos nanti.

Adik mengalah kepada abang UMNO

UMNO yang dianggap sebagai abang (kerana memerintah selama lebih daripada 60 tahun), telah diberi ruang untuk bertanding di PRK Slim apabila adik-adiknya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) mengalah.

UMNO serius dan sudah senarai pendekkan nama-nama yang akan dicalonkan dan dijangka mengumumkannya tiga hari sebelum tarikh penamaan calon.

Itu yang diumumkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa namun ia tidak bukan bermaksud UMNO bersendirian.

Cadangan ini atas persetujuan kesemua parti di bawah Muafakat Nasional (MN) 'Plus', iaitu gabungan antara PAS-UMNO dan Bersatu.

Kerusi DUN Slim dikosongkan selepas kematian penyandang Mohd Kushairi Abdul Talib akibat serangan jantung.

Kushairi, 59 tahun adalah wakil BN yang mengalahkan wakil PKR, Mohd Amran Ibrahim dan wakil PAS, Muhammad Zulfadli Zainal, pada PRU14, 2018.


Sumber foto: Siti Rahmanah Mat Daud


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu