BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 10 Ogos 2020

Khasiat berbeza setiap tona warna pisang


Pisang adalah sejenis buah yang tinggi khasiat dan sentiasa menjadi snek sihat kegemaran ramai kerana rasanya yang manis, mudah dimakan dan dibawa ke mana-mana.

Selalunya kita akan makan pisang yang kuning, jarang kita nampak orang makan pisang muda. Pisang hijau biasanya orang buat jadi kerepek pisang atau pisang goreng, itu pun ada jenis pisang yang tertentu. Faktor yang membuatkan kita lebih memilih pisang kuning kerana rasanya yang lebih manis, berbanding pisang yang masih hijau yang rasanya agak kelat.

Apapun, memakan pisang membawa banyak manfaat kepada tubuh kita. Ia membawa banyak kandungan potasium bersama vitamin dan mineral lain yang diperlukan untuk kekal sihat. Menariknya, setiap tona warna pisang mempunyai set khasiat yang berbeza.


PISANG HIJAU - Mengandungi kanji tahan (resistant starch).  Kanji jenis ini bertindak seperti serat di dalam tubuh. Ia dapat mengurangkan risiko kencing manis dengan mengawal kandungan gula dalam darah dan penyakit jantung dengan menurunkan tahap kolestrol dalam darah. Kandungan serat tinggi juga membantu perut untuk kekal kenyang untuk tempoh yang lebih lama, jadi ia sesuai untuk membantu usaha penurunan berat badan.


PISANG KUNING - Mengandungi antioksidan yang melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit. Antara antioksidan yang ada ialah dopamin yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung juga kemerosotan fungsi organ dan tisu badan. Walaupun dopamin dikenali sebagai bahan kimia yang memberi 'rasa bahagia' dalam otak, anda tak dapat fungsi itu daripada memakan pisang. Ia hanya bertindak sebagai antioksidan kuat yang tidak melepasi sempadan darah-otak untuk mengubah hormon atau mood. 


PISANG KUNING DENGAN SEDIKIT KEPERANGAN - Tidaklah sesihat pisang yang lebih muda, tetapi masih mengandungi banyak antioksidan. Sekumpulan penyelidik Jepun dari Universiti Teikyo membuktikan bahawa pisang pada tahap kematangan ini sebenarnya boleh melawan sel barah. Pisang bertompok hitam didapati mempunyai lapan kali lebih kandungan Tumor Necrosis Factor (TNF) berbanding pisang hijau. TNF ini membantu menguraikan sel tidak normal dalam tubuh yang membawa risiko kanser, juga memberi manfaat kepada sistem pertahanan dengan membimbing sel darah putih ke bahagian tubuh yang meradang atau dijangkiti.


PISANG PERANG - Ada orang ingat pisang yang dah tak kuning langsung ini sudah basi. Sebenarnya, ia masih mengandungi potasium yang banyak yang mana zat ini dapat mencegah osteoporosis atau masalah kerapuhan tulang. Pisang perang juga mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang berfungsi mengatur angin (mood) kita. Pisang pada tahap ini juga semakin lembut, jadi sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah penghadaman.

Jadi makanlah pisang dalam apa warna pun kerana ia baik untuk kesihatan. Tapi bagi sesiapa yang ada kencing manis atau diabetik, dapatkan nasihat doktor dahulu lah ya. Takut meter gula naik mencanak pula nanti.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu