BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 18 Ogos 2020

TikTok Mulakan Perang Berita Palsu Terhadap Syarikat Itu




Kalau kerajaan Malaysia ada Sebenarnya, TikTok pula melancarkan laman web baharu dan akaun Twitter untuk memerangi berita palsu terhadap aplikasi itu.

Kandungan yang dimuatkan dalam laman web tiktokus.info menjelaskan kepada orang ramai mengenai maklumat tidak tepat dan kebimbangan terhadap aplikasi itu yang dicanang oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan media-media antarabangsa.

Dalam laman web itu, TikTok menegaskan aplikasi itu tidak boleh dimuat turun di China (kerana di China namanya lain, Douyin). 

Pelayan yang menyimpan semua data pengguna terletak di Virginia (Amerika Syarikat) dan back-up data pula di Singapura.

Akses kepada data yang disimpan juga dikawal dengan ketat dan tidak mudah untuk diakses majikan mereka.

TikTok juga menegaskan mereka tidak pernah memberi data warga Amerika kepada kerajaan China dan tidak akan memberikan data tersebut sekalipun menerima arahan.

Syarikat itu juga berkongsi laporan berita yang memihak kepada mereka seperti laporan The New York Times yang memetik kenyataan agensi risikan negara itu, CIA bahawa tiada bukti yang mengaitkan kerajaan China mengakses informasi mengenai pengguna TikTok.

Sementara di akaun Twitter @TikTok_Comms pula ada berkongsi pautan temubual dengan ketua pegawai informasi dan keselamatan, Roland Cloutier, mengenai bagaimana syarikat itu memastikan TikTok selamat dan telus dengan komuniti global.

Trump sebelum ini menandatangani arahan eksekutif untuk mengharamkan TikTok di Amerika jika ia tidak dijual kepada syarikat milik negara itu sebelum 20 September, namun tarikh akhir itu dilanjutkan sehingga 20 November pula.

TikTok dimiliki ByteDance yang berpangkalan di China.

Adakah strategi baharu TikTok ini boleh meyakinkan anda bahawa TikTok selamat digunakan?


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu