Telemovie SMK: Raya Dekat Jauh yang dirakam sendiri dari rumah pelakon semasa PKP memenangi ContentAsia Awards.
Nampaknya kena duduk di rumah bukan penghalang untuk menghasilkan karya yang menarik dan SMK: Raya Dekat Jauh sudah membuktikannya.
Selain itu, bajet besar tidak begitu penting jika menghadapi kesukaran untuk menghasilkan sebuah cerita, jika mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
Yang penting juga, semangat masing-masing untuk menghasilkan karya itu tanpa merungut terhadap kekurangan yang dihadapi.
SMK Raya Dekat Jauh itu mengatasi pencabar, Unlocked dari Taiwan dan merupakan satu-satu anugerah yang dimenangi Malaysia dalam anugerah yang julung kali diadakan itu.
SMK merupakan lanjutan daripada siri komedi Astro Ceria, SMK, yang dilancarkan pada 2019.
Dengan bantuan pengarah, Shamyl Othman, pelakon yang tediri daripada Wafiy A’an, Fikry Kiki, Rykarl Iskandar, Mia Sara Nasuha, Erissa Puteri, Kashika Selvam, Arena Wan, Idan Aedan, and Aniq Iffat terpaksa melakukan set-up kamera dan sebagainya di rumah tanpa bantuan krew produksi di lokasi penggambaran.
ContentAsia Awards adalah mengiktiraf kandungan yang hebat Asia, termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Jepun, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.
Majlis itu disiarkan secara LIVE di Facebook rasmi ContentAsia pada 28 Ogos.
Remember guys, all you need now is your mobile phones and high level of creativity!