BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 11 September 2020

Mana datang nama Bumi?


Setiap bangsa di dunia ini ada terma dalam bahasa mereka tersendiri untuk memanggil planet yang kita diami ini. Dalam bahasa Latin dipanggil terra, bahasa Arab dipanggil al-ard, dan macam-macam lagi.

Dalam bahasa Melayu, planet ketiga dari Matahari dalam Sistem Suria ini kita panggil Bumi. Bagaimana boleh tibanya ilham dalam akal manusia Melayu untuk memanggilnya dengan nama itu.

Lama sebelum wujudnya sebuah negara bernama Malaysia, wilayah semenanjung di Asia Tenggara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Sebelum ketibaan Islam yang dibawa para pedagang Arab seawal kurun ke-14 dahulu, Tanah Melayu serta seluruh wilayah Nusantara dipengaruhi ajaran Hindu.

Hindu datang beratus-ratus tahun sebelum itu bersama fahaman, budaya serta bahasanya yang berakar daripada Sanskrit. Maka kita pinjam terma daripada bahasa Sanskrit 'bhumi' yang bererti 'tanah' dan digunakan sehingga hari ini.

Bagaimana pula dengan 'dunia'? 'Dunia' asalnya adalah kata Arab 'duniya' (دُÙ†ْيا) berakar daripada gabungan hurup 'dal', 'nun' dan 'wau' (د Ù† Ùˆ) yang membawa maksud 'yang dibawa dekat'. Secara istilahnya, 'duniya' bermaksud kehidupan yang dilalui manusia di alam ini.

Istilah 'duniya' banyak dipinjam oleh pelbagai bahasa, khususnya oleh bangsa yang bertapak sekitar wilayah Arab seperti Mesir, Turki, Kurdis, Hindi, Urdu malah beberapa bangsa Afrika antaranya Swahili, Fulani dan Hausa.

Istilah 'dunia' dengan 'Bumi' adalah berbeza, kerana dunia itu bererti alam kehidupan yang kita lalui ketika ini, sementara Bumi bererti tanah atau darat.

Bagaimana pula dengan istilah dalam bahasa Inggeris, 'Earth'?

Dikatakan ia berasal sekitar 1,000 tahun dahulu, sepertimana bahasa Inggeris berevolusi daripada Anglo-Saxon. 'Earth' datang dari perkataan 'erda'/'erde' yang bermaksud 'tanah'. 

Daripada sembilan planet di dalam Sistem Solar kita ini, Bumi adalah satu-satunya yang tidak dinamakan sempena istilah Arab, dan satu-satunya dalam bahasa Inggeris yang tidak dinamakan sempena dewa-dewa Greek dan Rom.

*Sumber: Wikipedia, Today I Found Out

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu