Penyanyi dan peserta Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne dilaporkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada awal hari ini.
Berita sedih mengenai pemergian Sandra, 26 tahun, itu dikongsikan rakan penyanyinya, Sufie Rashid di laman Instagram peribadinya.
“Selamat pulang ke rahmatullah sahabatku. Anda seorang rakan baik yang mempunyai hati yang mulia.
“Terima kasih sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak.
“Semoga awak tenang di sana. Innalillahiwainnailaihirojiun,” kata Sufie menerusi satu entri di Instagram awal pagi ini.
Rakan seperjuangan Sandra dalam program realiti Big Stage 2020, Usop, dan Azzam turut berkongsikan berita duka menerusi satu entri di laman Instagram peribadinya dengan kapsyen yang berbunyi:
“Sandra rehat k. Al-Fatihah,” kata peserta Usop.
Peminat turut berkongsi kesedihan mereka atas pemergian Sandra.
The way she said 'negara atas langit' really makes me want to cry. Al-Fatihah for Sandra Dianne. You surely will be missed by all your fans. https://t.co/H4i9a94cgo— DianaHadi (@DianaHadi17) September 11, 2020
Definitely life is too short. May Allah ease your journey "there" Sandra. pic.twitter.com/GEN57cwm1K— Bintu Sukri (@BintuSukri) September 11, 2020
tbh i rlly shocked when i know one of my fav singer already gone:( im gonna miss your voice #Sandra al-fatihah pic.twitter.com/MPLfx1LlPE— flowerpotSKZ🦋✨//IN生 (@hyunjinclture) September 11, 2020
tekejut aku sandra meninggal, looking forward performance dia kat big stage, aku suka suara dia , al-fatihah— min shin (@hazimbhr) September 11, 2020
sedih sebenarnya sandra dianne dah meninggal. baru nak tgk dia nyanyi dkt bigstage sampai final. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.— 🇲🇾 راشيدي راشيد (@RasyidiRasyid) September 11, 2020
innalillahiwainnailaihirojiun#BigStage2020
Salam takziah kerluarga Sandra Dianne 🥺 i will miss sandra and her voice so much on big stage 😔 https://t.co/HzdY2Dtqs4— شا (@shamira97) September 11, 2020
Sabtu lalu, Sandra, atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).
Insiden tersebut berlaku tatkala penyanyi kelahiran Sabah tersebut sedang menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat.
Penyanyi lagu ‘Hey ! Kau’ itu kemudiannya tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.
Artikel asal: Astro AWANI