BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 10 September 2020

Big Stage :  Kalau baba datang pada minggu akhir, mesti saya dah dekat final - Yamani Abdillah



Meskipun tersingkir pada minggu keempat, namun peserta Big Stage, Yamani Abdillah menerima keputusan tersebut dengan baik.

Yamani,19, juga berkata tiga minggu dia menantikan ayahnya hadir untuk menonton persembahannya.

Namun malangnya semasa ayahnya hadir pada persembahan minggu keempat, dia pula tersingkir.

"Dah tiga minggu saya tunggu dia datang tengok saya buat persembahan, tapi saya terselamat, minggu dia datang pula saya tersingkir, ia ibarat petanda untuk baba bawa saya pulang," kata Yamani.

Yamani juga sempat bergurau jika bapanya hadir pada minggu akhir, mungkin dia akan berada di pentas akhir Big Stage.

Pada masa sama, Yamani juga turut memberitahu kesemua rakan seperjuangan dalam BIg Stage bergegas ke Hospital Putrajaya untuk melawat kawan mereka, Sandra Diaane yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Selepas pulang daripada hospital, Yamani menyangka ayahnya sudah tidur kerana dia pulang agak lewat namun tidak.

Pada masa itu, penyanyi yang popular dengan lagu Gadis Melayu itu, bersemuka dengan anaknya dan memberikan kata-kata semangat.

"Mungkin rezeki sampai sini, tapi kita tak tahu rezeki dekat luar sana macam mana,"

"Malam tu baba banyak bagi saya semangat balik dan benda tu buat saya lupakan pasal pertandingan" tambahnya.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu