BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 13 September 2020

RM75,000 je Proton X50?



RAKYAT Malaysia sudah pasti tertunggu-tunggu pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) kedua Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) X50 yang sejak kebelakangan ini sedang hangat dibincangkan serta tular gambar-gambar 'spyshot' kenderaan itu di media sosial.

Video iklan Hari Merdeka Proton pada 31 Ogos lalu, seakan memberi bnayangan bahawa Proton X50 Segmen B itu bakal diperkenalkan tidak lama lagi!

Selepas pelancaran SUV sulung mereka Proton X70 pada tahun 2018 yang dinobat sebagai juara bagi SUV segmen premium, jenama nasional negara itu tidak menunggu lama dan hanya mengambil masa lebih kurang dua tahun untuk melancarkan Proton X50.

Berdasarkan maklumat dalaman yang Astro AWANI 'korek' daripada rakan-rakan dalam dunia automobil dan Proton sendiri, pra-pelancaran (soft launch) model SUV segmen-B yang paling dinanti-nantikan itu dijangka akan dibuat pada bulan Oktober nanti.

Ini kerana difahamkan, jurujual Proton telah diarahkan untuk mengikuti latihan mengenai Proton X50 bermula minggu hadapan.

Kata sumber, tempahan juga sudah boleh dibuat sebaik pelancaran dan kemungkinan kereta itu akan diserahkan kepada pembeli pada Januari tahun hadapan.


Bagaimanapun, tarikh sebenar masih dirahsia untuk menambah rasa 'suspen' peminat SUV dan kepada peminat SUV anda sudah boleh pecah tabung, keluar dividen ASB dan sebagainya untuk buat bajet membeli kenderaan ini sekiranya anda berpuas hati dengan spesifikasi serta harga yang akan diumumkan nanti.

Namun adakah benar nama X50 akan digunakan? Berdasarkan spekulasi, nama tersebut muncul selepas tersebarnya gambar maklumat pendaftaran trademark dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia oleh Proton yang menunjukkan Proton bakal meneruskan penggunaan nama X50.

Proton X50 dikatakan mengambil rupa dan spesifikasi berdasarkan model Geely Binyue di pasaran China yang tersedia dalam dua varian iaitu 1.0 liter enjin turbo (134 hp dan 205 Nm) dan 1.5 liter enjin turbo (174 hp dan 255 Nm) beserta ciri-ciri dual zone, climate control, power adjustable driver dan panoramic sunroof.

Apa kata orang dalam?


Bagaimanapun menurut orang dalam Proton, X50 dijangka akan mengambil variasi enjin ...

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu