BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 26 September 2020

Tikus pun boleh dapat pingat emas atas keberaniannya


Apabila sebut sahaja pencapaian unggul haiwan, mesti anda terfikir anjing pengesan (K9), anjing pandu atau anjing perang.

Tetapi kali ini, si penerima anugerah pingat emas oleh veterinar amal United Kingdom (UK), PDSA adalah seekor tikus. Kerja tikus yang bernama Magawa adalah untuk mengesan periuk api di Kemboja.

Oleh kerana khidmatnya yang menyelamatkan ribuan nyawa, tikus jenis gergasi Afrika itu layak menerima anugerah PDSA atas keberaniannya dan kesetiaan menjalani tugas.



Magawa, tikus gergasi Afrika bersama pingat emasnya.
Foto: PDSA


Walaupun saiznya yang besar berbanding tikus biasa, Magawa yang turut digelar HeroRAT mempunyai berat badan yang cukup ringan untuk berjalan di kawasan periuk api tanpa meletuskannya. 


Sepanjang tujuh tahun kariernya, Magawa telah berjaya mengesan 39 periuk api di kawasan seluas 1.5 juta kaki persegi, di mana 28 daripadanya masih aktif.


Magawa sedang bekerja keras mengesan periuk api.
Foto: PDSA

Di Kemboja sahaja dianggar terdapat sejumlah 4 hingga 6 juta periuk api yang dipasang dan 3 juta masih belum dijumpai, atas sebab itu khidmat tikus hero seperti Magawa diperlukan.




Tikus Hero Magawa akan terus bertugas untuk melindungi rakyat Kemboja sehingga perkhidmatannya di tamatkan. 

Magawa turut merupakan antara 30 haiwan yang menerima pingat emas oleh PDSA dan tikus yang pertama menerimanya dalam tempoh 77 tahun penubuhannya.

Terima kasih Magawa!


Sumber foto: PDSA

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu