BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 28 September 2020

Trump bayar tutup skandal lagi mahal daripada bayar cukai

 


Pada 2016, Trump membayar AS$130,000 (RM542,165) menutup mulut bekas bintang filem lucah Stormy Daniels dan pada tahun yang sama, Trump membayar cukai sebanyak AS$750 (RM3,128).

(Trump ada hubungan sulit dengan Stormy pada 2006, jadi dia bayar suruh tutup mulut la)

Itu perbandingan yang dibuat warga Amerika Syarikat (AS) yang anti Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump hari ini, selepas New York Times (NYT) melaporkan dia tidak pernah membayar cukai kepada kerajaan Amerika dalam satu tempoh yang lama.

Laporan ini ternyata membuatkan ramai warga AS sakit hati, tapi penyokong Trump tidak peduli.

Berdasarkan laporan yang dibuat NYT itu, selama 11 tahun Trump tidak pernah bayar cukai.

Trump hanya mula membayar cukai pada 2016 dan 2017, di mana jumlah tersebut masing-masing AS$750 sahaja.

Itupun mungkin sebab dia menang pilihan raya jadi presiden.

Ini bermakna Trump menjalani kehidupan mewah ala billionaire selama ini tapi berjaya mengelak daripada membayar sesen cukai selama 11 tahun.

Seperti biasa, Trump menyatakan ia berita palsu dan pulangan cukai itu masih diaudit.

Laporan NYT itu juga mendedahkan Trump mengalami kerugian tahun demi tahun dan memutar belit pemulangan cukai yang sepatutnya di bayar dengan kaedah-kaedah tertentu.




Kesimpulannya, Trump hanya membina imejnya sebagai orang kaya ataupun billionaire menerusi program realiti TV, The Apprentice.

Berdasarkan laporan kewangan yang diperoleh NYT, Trump mengalami kerugian lebih teruk daripada keuntungan daripada semua perniagaannya.

Kerugian yang dialami akan menyebabkan Trump berdepan masalah untuk membayar balik pinjaman bank sebanyak AS$300 juta yang dijamin secara peribadi, empat tahun akan datang.

Tak patut buat macam ni, nak jadi pemimpin tapi negara tak bayar cukai.



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu