BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 15 September 2020

Ular patuk kemaluan lelaki di jamban


Ini cerita betul. Tak tipu dan berlaku di Thailand.

Seorang remaja lelaki menceritakan pengalamannya di mana dia berasa pedih pada kemaluannya sejurus duduk di mangkuk tandas.

Apabila melihat di bawah, dia mendapati ada seekor ular ada di dalam jamban.

Panik dan takut, Siraphop Masukar bergegas keluar dari tandas dengan tidak memakai seluar.

Malah dia juga tidak sedar ular tersebut masih tergantung pada kemaluannya, sebelum ular tersebut sendiri melepaskan gigitan itu.

Peristiwa ini berlaku pada 8 September, bukan cerita lama sangat.

Gambar Youtube / Viral Press
Apabila jabatan haiwan liar datang untuk menangkap ular tersebut, mereka mendapati ular itu kembali melingkar di dalam mangkuk tandas tersebut.

Siraphop dibawa ke hospital dan menerima empat jahitan pada kemaluannya.

Dia bernasib baik kerana ular itu bukan spesis yang berbisa dan merupakan anak luar sawa.

Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku di Thailand.

Pada 27 Mei, Sarawak Voice melaporkan alat sulit seorang lelaki digigit semasa membuang air.

Lebih buruk lagi, ular itu tidak mahu melepas gigitan itu sehinggalah dia berjaya memegang dan mengikat kepala ular itu.

Lelaki tersebut pengsan sejurus berjaya melepaskan ular itu dari kemaluannya akibat kehilangan banyak darah.

Pengajaran kepada kita semua; tengok dulu dalam mangkuk tandas sebelum duduk.

Adoi!



Sumber: Mashable Foto: Screen Capture Viral Press Youtube


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu