BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 21 September 2020

Xbox Series X: Cip buatan Malaysia, tapi tak dijual di Malaysia


Rupa bentuk Xbox ni lebih elegant dan seksi berbanding Playstation 5 tapi Malaysia kena beli menerusi pengedar tempatan, bukan Microsoft.


Kalau letak di ruang tamu, memang ia jadi sebahagian daripada perhiasan rumah, macam kita letak speaker Harman Kardon dekat meja televisyen.


Secara rasmi, Xbox Series X dan S tak dijual secara rasmi atau mendapat sokongan Microsoft di Malaysia, tapi ini bukan satu yang baharu.


Sejak Xbox 360 dan One lagi, Microsoft tidak menawarkan sokongan terhadap semua konsol Xbox di negara ini dan hanya dijual oleh kedai game tempatan.


Tapi seperti kita semua tahu, cip AMD yang dipakai pada Xbox Series X dan S ini dibuat di Malaysia, seperti yang ditunjukkan Youtuber teknologi, Austin Evans pada April.


Imej Twitter Austin Evans


Orang di Amerika Syarikat boleh mula membuat pesanan awal untuk Xbox Series X dan S pada 22 September termasuk Singapura.


Harga yang ditawarkan adalah SGD$459 (RM1,399) bagi Series S dan SGD$699 bagi Series X (RM2,130).


Penjual tempatan pasti akan menjual Xbox ini dengan harga yang lebih mahal kerana harga tidak dikawal oleh Microsoft.


Berbanding Sony yang menjaga pasaran Playstation 5 di Malaysia akan mengawal harga pasaran dan juga pengedarannya di negara ini.


Xbox atau Playstation? Dilema ni…






Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu