BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 26 Oktober 2020

10 Selebriti yang tidak menggunakan nama sebenar mereka


Ada sebab selebriti tidak menggunakan nama sebenar mereka. Kita panggil perkara ni sama pentas supaya senang diingati atau catchy untuk imej dan karekter mereka.


Kami senaraikan 10 selebriti Hollywood yang tidak menggunakan nama sebenar mereka.


Jennifer Aniston — Jennifer Linn Anastasakis


Foto: Angela George


Nama Aniston ditukar bukan kerana nak jadi artis, tapi bapanya membuat keputusan untuk menukar nama keluarga mereka dari Anastasakis kepada Aniston selepas berpindah ke Amerika Syarikat, supaya lebih senang untuk disebut.


The Weeknd — Abel Makkonen Tesfaye



Foto: Nicolas Padovani


Nama pentas ini dipilih selepas dia berhenti sekolah dan meninggalkan rumahnya. 


Akibat sebuah band Kanada menggunakan nama yang sama dengannya, dia terpaksa membuang satu huruf E pada nama pentasnya.


Oprah Winfrey — Orpah Gail Winfrey



Foto: https://www.flickr.com/photos/aphrodite-in-nyc


Disebabkan ramai yang tersalah sebutnya nama sebenarnya, Orpah kepada Oprah, dia membuat keputusan untuk kekalkan nama dengan Oprah Winfrey.


Meryl Streep — Mary Louise



Foto: Jack Mitchell


Tradisi keluarga Meryl adalah menamakan anak perempuan mereka Mary, tetapi bapanya lebih suka memanggilnya Meryl. Streep? Tak pasti.


John Legend — John Roger Stephens



Foto: By Toglenn - Own work, CC BY-SA 4.0


Gelaran legend diberikan oleh seorang pemuisi, J. Ivy, selepas mendengar muzik yang dimainkan John, yang mengimbau kembali muzik zaman dulu-dulu dan nada seperti salah seorang legenda.


Natalie Portman — Neta-Lee Hershlag



Foto: Instagram @natalieportman

Portman dipilih sebagai nama pentasnya dan diambil daripada nama keluarga neneknya sebelum neneknya berkahwin.


Ben Kingsley — Krishna Pandit Bhanji



Foto: Gage Skidmore

Nama sebenar Kingsley memang susah nak disebut dan dikenali oleh orang Barat, jadi dia membuat keputusan untuk memilih Ben Kingsley sebagai nama pentasnya.


Gigi Hadid — Jelena Noura Hadid



Foto: Instagram @gigihadid


Idea untuk menggunakan Gigi datang daripada ibunya, Yolanda Hadid selepas kekeliruan di sekolah dengan seorang lagi budak yang bernama Helena. 


Yolanda sering memanggil Jelena Gigi di rumah, gelaran yang sama diberikan oleh ibunya dulu.


Calvin Harris — Adam Richard Wiles



Foto: Instagram @calvinharris

Nama pentas yang dipilih bertujuan untuk mencipta teka-teki bangsanya selepas genre soul dipilih sebagai single pertamanya. 


Vin Diesel — Mark Sinclair Vincent



Foto: Instagram @vindiesel

Nama ini adalah gabungan sebutan pendek bagi nama keluarganya, Vincent dan nama gelarannya. 


Rakan-rakannya sering memanggilnya Diesel kerana dia sentiasa bertenaga.




Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu