BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 26 Oktober 2020

4 tips hindarkan sakit tengkuk sebab lama sangat tengok skrin



Tidak kira lah sama ada anda bekerja dari rumah atau banyak sangat masa dihabiskan menghadap gajet sepanjang tempoh pandemik ini, lama-lama tengkuk mesti jadi sakit.

Orang putih panggil tech neck. 

Ia adalah keadaan di mana badan kita berada pada posisi yang sama setiap kali kita menghadap skrin, selalunya membongkok. Posisi tidak normal ini akan menyebabkan mikrotrauma dan tekanan pada bahagian atas belakang badan kita dan juga tengkuk. Lama-lama akan membentuk tubuh kita ke postur yang tidak baik.

Kata doktor, orang yang mengalami tech neck selalunya mesti sakit tengkuk, selalu pening, ada yang sampai kebas-kebas. Yang sudah mula rasa atau belum lagi, eloklah kita lakukan sesuatu untuk merawatnya dan hindarkannya. 

Seeloknya setiap setengah jam sekali kita dinasihatkan untuk bangun dari duduk dan bergerak selama beberapa minit sekurang-kurangnya sebelum menyambung kerja. Tapi selalu juga kita lupa, jadi untuk elaknya kita dicadang untuk periksa tindakan kita seperti berikut.

Pertama, ubah stesen kerja kita.

Sebabnya banyak tempat yang jadi tempat kerja kita di rumah adalah di meja makan, sofa depan TV, atas katil, yang mana tidak mewujudkan persekitaran sihat untuk postur kita. Senget lah, bongkok lah, tak elok.

Kalau boleh, bekerja dalam keadaan di mana tulang belakang kita lurus juga dagu dan bahu kita tidak terlalu terkehadapan.

*Saya rasa bukan akibat bekerja di rumah sahaja, di pejabat pun kurang lebih juga. 

Selalu kita tak sedar, alih-alih dan bongkok.

Kedua, sentiasa mengawasi postur tubuh kita. Sedang khusyuk buat kerja, sesekali periksa postur tubuh anda masih lurus atau sudah terbongkok. Betulkan.

Ketiganya, rehat. Macam saya kata tadi, tetapkan jadual rehat kita. Setiap setengah jam atau sejam sekali, rehatlah beberapa minit dengan bangun, berjalan, pergi minum air, ambil angin di beranda dan itu membawa kepada poin keempat iaitu:

Buat regangan. Balas semula postur badan yang semasa kerja tadi banyak digunakan. Kalau rasa macam tengkuk banyak tunduk, dongakkan kepala ke atas, tahan dalam 30 saat sambil bernafas dalam-dalam sebelum lepas. Kalau bahu rasa banyak membongkok ke depan, kepakkan bahu ke belakang dan tahan 30 saat sambil bernafas dalam dan lepas.

Begini sis.

Amalkan. Dengan izin tuhan, sembuhlah dan terhindarlah kita dari sakit itu. Pada masa sama, kita perlu juga mengingatkan orang keliling kita. 

Terutamanya anak-anak. Budak-budak sekarang membaca pun pada gajet mereka. Main game lagi. Jarang kanak-kanak hari ini menyelak helaian kertas yang diikat bersama dipanggil buku. Lagi pula di tengah pandemik ini, mereka tak dapat bermain di luar seperti kebiasaan dahulu.

Macam mana nak tolong anak-anak elak daripada mengalami tech neck? Kata doktor, kita kena sediakan tempat mereka belajar secara dalam talian sama seperti yang disebutkan di atas tadi. Kanak-kanak atau dewasa, risikonya sama sahaja.

Semoga bermanfaat dan sama-samalah kita beringat, moga-moga berakhirnya pandemik ini kita tidak bertukar menjadi Si Bongkok Tanjung Puteri. 

Minta selisih.


Rancak TV peduli.



*Sumber: Healthline


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu