BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 3 Oktober 2020

Bunuh kucing boleh kena hukum mati



Itu dulu la, pada ketika manusia pada zaman Mesir Purba.

Sekarang ni, banyak pula cerita kucing dibunuh dengan kejam dan dianiaya, sampai polis dan pihak berkuasa kena ambil tindakan selepas video kekejaman itu viral di media sosial.

Kalau pesalah ni hidup pada zaman Mesir Purba, dah lama mereka ni kena hukum bunuh.


Orang Mesir Purba percaya bahawa kucing adalah makhluk suci yang mempunyai kuasa ajaib dan mampu melindungi manusia daripada kuasa jahat.

Mereka sangat sayang dan memuja kucing sehingga sesiapa yang didapati bersalah membunuh kucing dengan secara ataupun tidak, akan dikenakan hukuman mati.




Dewi Bastet mempunyai badan wanita dan kepala kucing.
Foto: Wikipedia


Pernah wujud satu dewi yang disembah Masyarakat Mesir Purba, Dewi Bastet. Dewi itu juga merupakan antara identiti paling popular di Pantheon Mesir.

Bastet yang digelar Dewi Kucing kerana mempunyai badan wanita dan kepala kucing, dianggap sebagai pelindung rumah tangga, pelindung daripada penyakit dan sumpahan jahat, serta penyimpan rahsia wanita.


Betul ke mereka sanggup lakukan apa sahaja buat kucing?

Orang Mesir Purba lebih mementingkan nyawa kucing milik mereka berbanding nyawa mereka sendiri. 

Menurut Herodutus (ahli sejarah zaman Greek purba), jika berlaku kebakaran di rumah, orang Mesir Purba sanggup memasuki bangunan terbakar untuk menyelamatkan kucing itu.

Apabila seekor kucing mati, tuannya akan mencukur bulu kening bagi meratapi kematian kucing itu sehingga bulu kening tumbuh semula, iaitu tamat tempoh bersedih.

Kucing yang mati pula akan dibawa ke Bubastis untuk dikebumikan atau dimumiakan di tempat khas yang berdekatan atau bersama-sama keranda tuannya.

Mumia kucing di bahagian Barang Antik Mesir, Museum Louvre.
Foto: Wikipedia


Bagaimana undang-undang terhadap pesalah laku melibatkan kucing pada zaman itu?


Mumia kucing yang dihiasi dengan cat berwarna warni.
Foto: Wikipedia


Pada sekitar 450 BC, undang-undang Mesir menetapkan hukuman mati kepada sesiapa yang membunuh kucing secara sengaja atau tidak sengaja. 

Kerajaan Mesir pada zaman itu juga telah menubuhkan kementerian khas bagi melakukan kerja-kerja bagi melindungi kucing daripada dieksport ke luar Mesir. Ada juga petugas khas yang diarahkan untuk keluar mencari kucing-kucing yang berjaya dicuri keluar dari Mesir.

Kesetiaan masyarakat berkenaan terhadap kucing paling terbukti dalam sejarah Herodutus semasa Perang Pelusium pada 525 BC, di mana Firaun Psametik III telah mengaku kalah kepada Cambyses II dari Parsi.

Tentera Mesir berundur sebab tentera Parsi membawa kucing dan berarak dengan perisai yang telah dicat dengan gambar kucing.

Sumber foto: Begona Merino


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu