BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 15 Oktober 2020

Kenapa perlu selalu makan halia


Halia, atau sebutan Inggerisnya ginger, merupakan sejenis tumbuhan yang mana rizomnya digunakan dalam masakan dan perubatan sejak beribu tahun dahulu. 

Ada yang suka, ada yang tak suka. Bagi yang suka, halia bukan sahaja sedap tetapi banyak manfaatnya kepada kesihatan, selain daripada menggalakkan kentut. Kepada yang tak suka halia, rugi.

Kenapa?


1. Halia tinggi kandungan antioksidan

Antioksidan penting untuk membina ketahanan sel, dan halia adalah antara makanan yang paling tinggi kandungannya selain buah delima.

Ia dapat membantu meredakan tekanan oksidatif, yang mendorong penyakit seperti kencing manis, kanser dan angin ahmar.


2. Halia membantu halang keradangan

Kerana kandungan tinggi antioksidannya itu, halia juga bertindak sebagai anti-keradangan.

Bila tekanan oksidatif menjadi tinggi, ia menggalakkan keradangan yang merosakkan sel, tisu dan organ. Keradangan kronik boleh menyebabkan penyakit jantung dan arthritis.

Ada kajian pada 2001 mendapati 63% daripada kumpulan pesakit osteoarthritis yang memakan ekstrak halia dua kali sehari selama enam minggu sudah kurang rasa sakit pada lutut mereka.



3. Halia dapat mengubati loya

Khususnya buat ibu mengandung, halia patut menjadi makanan wajib dalam diet kalian. 

Ini kerana ia mengandungi sejenis bahan bernama gingerol, yang diketahui berupaya meningkatkan pergerakan gastirk - perjalanan makanan melalui sistem pencernaan - dan menahan kekejangan otot.

Kajian kecil pada 2009 menyaksikan wanita hamil yang mengambil 250mg kapsul halia setiap hari selama empat hari kurang mengalami loya dan muntah-muntah.


4. Halia melegakan sakit haid

Kalau suami mahu kawal mood hantu si isteri ketika dia sedang datang bulan, hidangkan si cinta hati dengan halia.

Halia mampu menahan sejenis bahan kimia dalam tubuh yang menyebabkan rahim mengejang daripada terhasil dengan banyak. 

Dalam ujikaji pada 2015, saintis menemukan bahawa 750 ke 2,000 mg serbuk halia dapat melegakan kesakitan pada tiga atau empat hari pertama kitaran haid.



5. Halia boleh melaraskan kandungan gula dalam darah

Ada satu jurnal Iran pada 2015 cuba meneliti kesan halia kepada pesakit diabetes jenis-2. Didapati pengambilan 2 g serbuk halia setiap hari memberi kesan positif kepada pembacaan tahap gula dalam darah.

Jadi, pesakit kencing manis boleh untuk tidak terlalu bergantung kepada insulin jika pemakanan halia diamalkan dengan disiplin.


6. Halia dapat selesaikan masalah ketidakhadaman

Tumbuhan ini merangsang penghasilan enzim yang bertanggungjawab menggerakkan makanan melalui sistem pencernaan dengan lebih cepat. 

Pada pengkaji merumuskan bahawa pengambilan 1,200 mg kapsul halia dapat mempercepatkan pengosongan gastrik - proses di mana makanan meninggalkan perut dan masuk ke usus kecil - dan menggalakkan penguncupan antral yang penting untuk penghadaman.

Sumber: Insider

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu